Sunday, December 11, 2011

Panas: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau ada hak untuk mempersoalkan HUDUD

Soi Lek: Jika ABIM berhak, saya pun ada hak persoal hudud

December 11, 2011

KUALA LUMPUR, 11 Dis ― Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau ada hak untuk mempersoalkan pelaksanaan undang-undang hudud yang hendak dibawa oleh PAS.

Menurut Dr Chua, sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mempunyai hak untuk memintanya memohon maaf, beliau juga ada hak untuk bercakap mengenai hudud versi PAS dan impaknya ke atas bukan Islam di negara ini.

“ABIM seharusnya mengiktiraf hak MCA sebagai parti politik. Satu forum (yang dianjurkan baru-baru ini) sebulat suara mendapati bahawa hudud PAS akan ada impak ke atas bukan Islam.

“Anda perlu dengan khusus berkata ia hudud PAS dan bukan hanya hudud,” kata beliau (gambar) dipetik Sunday Star hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, adalah sesuatu yang mengarut untuk mengatakan bahawa bukan Islam tidak boleh bercakap mengenai hudud.

“Akhirnya, ia ada impak ke atas kesemua rakyat Malaysia, kita semua adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Kelmarin, ABIM menyerahkan satu memorandum kepada Dr Chua, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud baru-baru ini.

Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

“Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan empirikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau.

“Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut,” kata beliau.

Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini.

MI

6 comments:

Rahmat said...

Apa hak kau soi lek sial,babi,buat anak haram jadah boleh lah kau.....ini hukum islam,kau tak ada hak keatas kami orang islam....

batu pelangi/BZ said...

Jahanam negara kita jika hukum agama
Islam senangx dipersendakan.

GT bgan datok said...

setan punya cinaporno!..oit celaka ko ni bodoh ke gila makbapak ko pun ko tipu ni kan pulak kitaorg

kampong lad said...

orang bukan islam memang ada hak utk mempersoalkan hukum2 islam sebab ia seiring dgn lesen2 halal yg dikeluarkan kpd pengilang2/pengeluar2 makanan bukan islam utk kegunaan orang2 islam.

Anonymous said...

kampong lad,
Soal Hudud bukan soal lesen halal.Sebagai mana arahan Allah SWT kepada umat Islam untuk solah,berpuasa,berzakat dan menunaikan haji,yang termaktub dalam AlQuran,Hudud adalah hukum dari Allah SWT.Lesen halal tu boleh dipersoalkan tapi hukum-hukum dan arahan Allah SWT,tidak boleh dipersoalkan.
Sebagai mana yang diumumkan,Hudud hanya kena-mengena dengan orang Islam,Chua Soi Lek langsung tak ada kena-mengena dalam soal ini.Dia sudah menghina Islam dan dia tiada hak mempersoalkan hukum-hukum Islam.Umat Islam sepatutnya tidak membiarkan Chua Soi Lek ni kurang ajar.

kampong lad said...

kpd Anonymous december 11, 2011 10:34pm....inilah maksud yg tersirat..kenapa ada halal & haram? (ini juga hukum Allah swt)kerana umat islam percaya Allah, Alquran & Rasulullah. Jadi, mengapa bukan islam dibenarkan dgn perniagaan (ibadah)ini. bagaimana ekonomi umat islam boleh meningkat? i rest my case....wasallam

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak