Sunday, December 11, 2011

Rais lawan arus, kecam Flashmob KLCC


Sistem undang-undang khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mempunyai kuasa untuk bertindak menjaga keamanan walaupun kerajaan meliberalkan beberapa sistem berkaitan aspek kehidupan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.Mengulas tindakan kira-kira 100 peserta ‘flashmob’ yang berkumpul di pusat membeli-belah KLCC semalam untuk membantah rang undang-undang Perhimpunan Awam 2011, Rais mengingatkan orang ramai agar jangan keterlaluan hanya kerana beberapa sistem sudah diliberalkan.
“Jangan keterlaluan semata-mata Perdana Menteri atau sistem kerajaan sudah meliberalkan beberapa aspek kehidupan kita. Kuasa polis itu tetap ada.

“Apa pun undang-undang yang diolah atau dipinda, tinggal lagi jangan diuji sangat kesabaran tersebut sehingga kita mewujudkan kekacauan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai pertandingan badminton antara JASA dan pasukan D’Sury, di Kuala Lumpur, hari ini.

Rais turut menyifatkan mereka yang bertindak melakukan perhimpunan di tempat awam khususnya di lokasi tumpuan orang ramai sebagai mereka yang tidak menghargai kebebasan sendiri.

“Saya percaya pihak polis akan sentiasa melakukan pemerhatian yang kerap dan sekiranya melanggar perhitungan dan keamanan damai di jalan raya dan pasar raya, tindakan setimpal akan diambil,” katanya.

Read more

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak