Wednesday, November 9, 2011

Dara sunti 15 tahun mengadu sakit perut rupanya hendak beranak

Mak bapa suruh belajar cari ilmu, lain puna yang di belajar. Perkara terkutuk ini tak payar nak belajar, Sekarang apa nak jadi kan menyusahkan mak bapa


Gambar sekadar hiasan


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya berusia 15 tahun yang mengadu sakit perut ketika menghadiri majlis kenduri saudara di Sungai Petani, Kedah kelmarin sebenarnya sakit hendak bersalin.

Rahsia itu terbongkar apabila doktor yang merawat remaja perempuan berkenaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, mengesahkan sakit perut yang dialami itu kerana hendak melahirkan anak.

Bapa berusia 41 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan doktor merawat remaja terbabit menyebabkan dia kebingungan.

Difahamkan, remaja terbabit dan bapanya yang menetap di Selangor, pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.

Menurut sumber, ketika sibuk membantu keluarga menyediakan persiapan majlis berkenaan, remaja terbabit memberitahu bapanya yang dia mengalami sakit perut.

“Bapa itu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta berhampiran rumah mereka sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya.

Sumber berkata, doktor yang merawat remaja terbabit kemudian memaklumkan remaja berkenaan hendak melahirkan anak.

“Terkejut dengan kenyataan doktor itu, bapa terbabit kemudian memaksa anak perempuannya menceritakan kejadian sebenar dan lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Anaknya kemudian memberitahu pernah menjalin hubungan dengan teman lelakinya hingga terlanjur dan dipercayai berlaku ketika remaja itu tinggal bersama ibunya di Ampang,” katanya.

Katanya, remaja itu selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.

Difahamkan, bapa dan ibu kepada remaja terbabit sudah bercerai manakala remaja itu baru menetap bersama bapanya sejak tiga bulan lalu.

Sumber berkata, pelajar terbabit dan bayi berkenaan masih berada di HSAH untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Muda sebelum kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Kredit

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak