Thursday, October 6, 2011

Mengapalah Sinar Harian Tanya Artis: "Hudud - Wajar atau Tidak? Apa komen Wardina?


Soalan ini tidak sepatutnya ditanya kerana jelas orang Islam wajib melaksanakan hudud bertepatan dengan kehendak Allah dan Islam. Kita berasa pelik kerana editor akhbar ini boleh melepaskan artikel yang sudah pasti menggoncang akidah baik orang yang bertanya ataupun orang yang menjawab.

Kalau anda perhatikan, jawapan yang diberikan oleh artis-artis itu walaupun tidak menolak hudud sepenuhnya, namun menyerlahkan kejahilan mereka, baik yang bertudung litup, mahupun yang sudah di penghujung usia.
Cuba baca komen Datuk Aziz Satar, "...mereka boleh laksanakan di sesebuah negeri dahulu, jika dilihat baik dan memberikan banyak manfaat barulah diteruskan tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap di sini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka..."

Lagi menyedih-melucukan apabila Enot dengan yakinnya mengatakan "Memang zaman dahulu orang Islam menbgamalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, HUKUMAN SULA akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang, ia tidak lagi sesuai...". Apalah bingainya artis ini? Sudah jahil, menfitnah pula hukum Allah. Sejak bila HUKUMAN SULA dikategorikan sebagai hukum hudud?

Apakah hukum orang Islam yang memperlekeh atau merendahkan atau tidak yakin akan hukum Allah? Anda yang celik ilmu dan hati sudah tentu mengetahui jawapannya!-DCM

P/s: Hudud bukan sahaja perlu dijelaskan kepada orang bukan Islam, malah perlu diterangkan kepada orang Islam yang rata-ratanya masih jahil tentang hukum Allah yang penuh dengan hikmah dan pengajaran itu.

Wardina Tegur Artis Lain Tentang Hukum Hudud

Wardina Safiyyah menegur kawan-kawan artis nya yang lain mengenai isu hudud yang boleh dikatakan panas dalam berita semasa sejak akhir-akhir ini. Teguran itu juga ditujukan kepada wartawan-wartawan yang lain. Betul juga katanya, baik berdiam diri jika kita tiada ilmu yang cukup.
busuk.org
Artis-artis muda dan yang dah hingga hujung nyawa semua tu patut malu dengan pelajar Kristian yang komen pasal hudud ni. Bandingkanlah sendiri. Kata-kata dia lebih berakal dan berilmu. Malu weyh!

solihinzubir

sumber

6 comments:

Amuraria said...

BILA SERBU TANPA PENGETAHUAN MAKA JADILA MACAM ENOT ! KESIAN ... DUNIA OH DUNIA !

Anonymous said...

Komen x guna otak..Wartawan pn 1 bangang..ape lah dok tanye artis..tanye lah org yg "sekolah"..tanye artis cm tanye burung kakak tua lah..ckp pandai, tp x tau ape..

Anonymous said...

dalam banyak2 komen, komen Enot yang paling bangang antara yang bangang. Tahniah Malaysia!!

Anonymous said...

Alhamdullilah, terimakaseh kerana highlight isu. Aku pun bila baca darah terus naik tapi tak tahu nak salur kat mana,kalau tuju kat Sinar mungkin tak siar,penat saja.Inilah masyarakat kita baik suratkhabar maupun tv langsung tak guna.Niat mereka dah boleh agak bukannya nak kembangkan ilmu , nak laksana jauh sekali tapi nak mengucarkacirkan adalah. Media barat jauh berhemat,contoh macam NAt Geoagrapy mereka akan jemput tokoh-tokoh yang berwibawa dan berilmu bila membicarakan sesuatu.Bukannya macama kita bila bicara tentang angkasaraya kita pi tanya pesawah,mana ada ilmu yang nak kita belajar.Kepada puak2 ini bertaubatlah sesungguh Allah itu mengetahui setiap sesuatu niat itu,bersama-sama kita balik kepangkal jalan.Janganlah kerana kepentingan dunia yang sedikit sanggup kita memperkotak katik hukumNYA kerana azab yang berat menanti kita disana.Janganlah kita kita memberi pelbagai alasan ,helah dan putarbelit kerana ALLAH itu Maha Mengetahui>wasalam

azmie said...

dia tak reti, tu satu hal. sinar harian yg suka buat wacana orang pandai tu pun 10 kali bingai

Jiwa Hamba said...

Wartawan banggang dan artis pula bodoh. Itulah keanehan negarakuku.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak