Saturday, October 8, 2011

Bajet 2012: Najib guna wang untuk tawan pengundi

Bajet 2012: Najib guna wang untuk tawan pengundi

Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2012 yang penuh dengan peruntukan bertujuan untuk menarik pengundi kembali kepada BN, tetapi ia segera dikritik oleh bukan sahaja pihak pembangkang tetapi juga pakar-pakar kewangan yang hairan dengan unjuran ekonomi yang terlalu cantik.

Dalam Bajet 2012, Najib meramalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5 hingga 6% manakala defisit menurun kepada 4.7% daripada 5.4% yang diunjurkan pada tahun 2011.

"Itu adalah pandangan yang cukup positif berbanding dengan keadaan dan relatif kepada diri kita sendiri juga. Kita sedang melihat 4% tahun ini dan 4.2% tahun depan. Pertumbuhan separuh kedua haruslah 5.5% untuk capai purata 5 peratus. Ia kelihatan agak optimistik pada pandangan saya, "Chua Hak Bin dari Merrill Lynch Bank of America kepada Reuters.

Berpura-pura dengan unjuran pertumbuhan yg berkembang tetapi tidak ada butiran dari mana datangnya wang

Tetapi Najib, yang juga Menteri Kewangan, mungkin tiada pilihan lain. Jika dia tidak membentangkan unjuran 'palsu' itu, ada kemungkinan tidak akan cukup untuk membiayai rancangan-rancangan yang dia umumkan. Tiada sebarang butiran dari mana datangnya peruntukan selain daripada pertumbuhan KDNK yang dijangka oleh pakar-pakar perbankan dan kewangan.

"Mungkin yang paling membimbangkan adalah rakyat Malaysia seperti pepatah katak dalam sup panas, di mana katak tidak sedar sup sedang perlahan-lahan mencapai takat didih," ujar Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara dalam reaksi serta-merta beliau terhadap budget.

"Kita mungkin belum sampai ke tahap krisis ekonomi Greek, tetapi Bajet 2012 melakukan sangat sedikit untuk mengelakkan kemungkinan itu. Ia menjadikan ekonomi Malaysia terdedah kepada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan."

Ambil hati peneroka Felda dan penjawat awam

Pada hari Jumaat, Najib, 58 tahun yang juga dicemari skandal membentangkan bajet RM232 bilion, dengan RM181.6 billion untuk pengurusan dan RM51.2 billion untuk pembangunan. Beliau turut mengumumkan penyenaraian Felda Global Venturesdi Bursa Saham serta menjanjikan 'durian runtuh' untuk semua peneroka - yang kini berjumlah kira-kira 2 juta orang; termasuk anak-anak dan cucu-cucu mereka. Jelas sekali, orang-orang Felda akan membentuk blok pengundi terpenting dan teras untuk parti Umno.

Tiada potongan cukai individu atau korporat seperti yang dispekulasi sebelum ini, walaupun terdapat rancangan untuk melancarkan Cukai Perkhidmatan atau GST yang menyusahkan dan tidak popular itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib juga meningkatkan sumbangan majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari 12% kepada 13% bagi mereka yang berpendapatan RM5, 000 ke bawah. Ini jelas sesuatu yang baik untuk pekerja tetapi meletakkan lebih banyak wang ke dalam KWSP. Agensi itu sering dipersoalkan kerana memberi pinjaman kepada firma dan agensi-agensi berkaitan kerajaan (GLC), seperti pinjaman RM6 billion kepada Felda baru-baru .

Beliau juga mengumumkan bonus tambahan setengah bulan gaji, dengan minimum RM500 untuk pesara kerajaan, yang akan dibayar bersama-sama dengan gaji Disember 2011. Jadi, bagi keseluruhan 2011, termasuk bonus yang dilaporkan sebelum ini, jumlah RM1, 000 minimum telah diumumkan bagi penjawat awam dan pesara kerajaan. Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, 618,000 pesara dan akan memakan kos RM4 bilion untuk kerajaan.

"Najib telah menjanjikan segala-galanya di bumi tetapi beliau tidak bercakap mengenai peningkatan pendapatan ataupun ketelusan. Ia adalah tidak realistik. Ia jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun yang lalu, angka untuk pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa terbukti salah, "kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya kepada pemberita.

Menarik semula mereka yang berpendapatan rendah yang sedang dilanda pemotongan subsidi

Bagi golongan berpendapatan rendah yang telah kecewa dengan pemotongan subsidi untuk barangan keperluan pengguna termasuk petrol, gas memasak dan gula, dan bukannya subsidi gas RM19 bilion yang diberikan kepada Pengeluar Kuasa kroni-Bebas. Najib dengan terang-terangan cuba membeli mereka dengan wang tunai .

Beliau mengumumkan bantuan RM500 tunai untuk isirumah yang berpendapatan 3,000 sebulan dan ke bawah, yang akan memerah RM1.8 bilion daripada kerajaan untuk memberi manfaat kepada 3.4 juta isi rumah. Bantuan RM100 untuk persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dari umur 6 ke 16, sehinggalah ke Tingkatan 5, yang akan memerlukan sebanyak RM530 daripada pembayar cukai, dan baucer buku bernilai RM200 untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi swasta dan awam yang akan berjumlah RM260 juta untuk kerajaan.

KWSP juga akan dibenarkan untuk mengasingkan RM1, 300 daripada Akaun 2 pencarum bagi maksud menunaikan haji ke Mekah. Wang akan kekal bersama para penyumbang sedang mereka mendaftar untuk haji, lagipun senarai menunggu untuk ke tanah suci sangat panjang.

"Mudah untuk mengesan sama ada benar atau tidak ini adalah satu helah pilihan raya - Lihat sahaja jumlah bantuan wang tunai diumumkan Najib hanya kerana ingin membeli PRU-13. walaubagaimanapun, perasaan saya mengatakan rakyat Malaysia lebih bijak. Mereka harus mengambil wang itu, yang sebenarnya datang daripada cukai yang mereka dan juga ibu bapa mereka bayar, dan kemudian memastikan BN disingkirkan sebelum mereka membankrapkan Malaysia, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Projek-projek utama pada tahun 2012

Jumlah hasil untuk 2012 dijangka meningkat 1.9% kepada RM186.9 billion dan defisit menurun kepada 4.7% daripada KDNK berbanding 5.4% pada tahun 2011. Najib juga memperuntukkan RM29.8 billion untuk pelaburan dalam infrastruktur, pembangunan perindustrian dan luar bandar dan RM13.6 billiom untuk sektor sosial, termasuk pendidikan dan pembangunan latihan, kebajikan, perumahan dan masyarakat.

PM, yang terpaksa menangguhkan Model Baru Ekonomi selepas mendapat bantahan daripada orang-orang kuat parti Umno. Beliau juga mengumumkan rancangan untuk "memberi tumpuan kepada mempercepatkan pelaburan dan meliberalisasikan 17 sub-sektor perkhidmatan, disektor-sektor yang membolehkan 100% ekuiti asing." Walau bagaimanapun, memandangkan bahawa dia tidak segera memperincikan sektor-sektor ini, maka dijangka ia adalah sektor-sektor yang tidak kritikal dan tidak menuntut.

Antara projek utama yang akan dilaksanakan pada tahun 2012 adalah highway Pantai Timur dari Jabor ke Terengganu dan menaik taraf jalan dari Kota Marudu ke Ranau. RM18bil daripada RM20bil dana PPP akan digunakan untuk projek-projek berimpak tinggi, dengan RM2 bilion bagi usahawan bumiputera. Kerajaan juga akan memperuntukkan RM978mil untuk mempercepat pembangunan dalam lima koridor serantau iaitu, Coastal Highway, JB-Nusa Jaya, Projek Pelancongan Taiping Heritage , projek agropolitan Besut, projek minyak sawit berkelompok Lahad Datu dan bekalan air di Samalaju.

Pengurusan Pusat Perbendaharaan akan ditubuhkan dan menawarkan insentif untuk membangunkan M'sia sebagai pusat kewangan yang kompetitif. Kuala Lumpur International Financial District (KLFID) juga akan bermula, dengan insentif termasuk pengecualian cukai pendapatan bagi firma.

Cukai harta naik, yuran sekolah dimansuh

Cukai keuntungan harta tanah juga telah dinaikkan daripada 5% kepada 10% jika dijual dalam tempoh dua (2) tahun, jika dijual di antara 2-5 tahun, ia akan kekal pada 5% dan jika dijual selepas 5 tahun, ia akan menjadi sifar. RPGT telah ditetapkan pada kadar rata 5% bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh lima tahun pembelian sejak April 1, 2007.

Semua yuran sekolah rendah dan menengah telah dihapuskan bermula semester baru persekolahan 2012. Ini akan menelan kos RM150 juta. Sektor pendidikan diperuntukkan RM50.2 bilion, di mana RM1.9 bilion untuk semua sekolah, termasuk sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah vernakular; RM1 bilion untuk menaik taraf premis sekolah (RM500 juta bagi SRK, RM100 juta untuk SRJK (Cina), RM100 juta SRJK ( Tamil), RM10 juta untuk sekolah mubaligh, RM100 juta untuk Sekolah Agama Bantuan, RM100 juta untuk MRSM - sekolah menengah Mara).

Bagi sektor luar bandar, Felda mendapat habuan besar. Najib berjanji untuk memberi peruntukan RM400 juta untuk naik taraf sistem bekalan air di Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Beliau juga memperuntukkan RM150 juta untuk pengangkutan awam luar bandar melalui bank SME bagi syarikat-syarikat bas dengan pinjaman yang mempunyai faedah serendah 4%, dan RM90 juta untuk masyarakat Orang Asli bagi tujuan keperluan asas, termasuk air yang telah dirawat dan penjanaan pendapatan, RM20 juta bagi komuniti yang terjejas akibat tanah runtuh di Cameron Highlands.

Perkhidmatan awam tidak ketinggalan, dengan guru-guru yang mendapat habuan terbaik. Guru kini akan mengguna-pakai 'skim kenaikan gaji berasaskan masa', jadi guru-guru boleh naik gaji dengan lebih cepat. Kesimpulannya, ia adalah kenaikan gaji tahunan dari RM80 hingga RM320 mengikut gred, atau 7-13%.

Warga emas tidak lagi perlu membayar yuran pesakit luar di semua hospital dan klinik kerajaan. Juga diskaun 50% untuk LRT dan monorel.

Malaysia Chronicle


1 comment:

Anonymous said...

mana dia nak kutip duit lu tunggu cukai daripada barangan yang akan dinaikkan gaji kakitangan yang di naikan dengan purata 3000 keatas tak termasuk elaun yang akan dikenakan cukai individu yan tak diturunkan lu tak ambik gaji kerajaan dah tax dan lagi byk gaji cukai dalam bentuk gandaan kecuali lu kerja swasta di mana bos-bos mintak cukai ditanggung oleh syarikat

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak