Monday, October 17, 2011

“Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?”

“Saya diminta untuk memberikan respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong.

“Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?” kata beliau (gambar) dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, liputan berkaitan dengan undang-undang itu “hanyalah mainan media, sampai masanya Umno dan seluruh media massa akan senyap.”




KUALA LUMPUR, 17 Okt — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini, tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak-pihak yang menentang hukum hudud boleh undang-undang sedemikian.

“Saya diminta untuk memberikan respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong.

“Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?” kata beliau (gambar) dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, liputan berkaitan dengan undang-undang itu “hanyalah mainan media, sampai masanya Umno dan seluruh media massa akan senyap.”

“Lihat sahajalah nanti,” kata Mursyidul Am PAS ini dalam kenyataan terbaru mengenai debat agar diadakan satu undang-undang khusus bagi mencegah murtad.

Dalam satu pandangan dikeluarkan semalam, Nik Aziz yakin negara sudah lama telah menggubal undang-undang khusus mencegah murtad jika tidak terhalang hanya disebabkan oleh sikap ego Umno yang melampau.

Menurutnya, jika ‘tiada halangan’ dalam bentuk itu daripada Umno, undang-undang seumpama sudah pasti telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu.

Pendirian itu diketengahkan ketika pelbagai pihak mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang diutarakan minggu lalu, agar negara menggubal Akta Murtad bagi mengawal isu berkaitan.

“Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad.

“Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad,” kata beliau.

Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud.

Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.

Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

1 comment:

PenganutPAS said...

Betul ker tok guru nak sokong akta murtad ni . nanti kalau DAP bantah , terpaksa jugak tok guru kena ikut .

Tengok lah hudud yang tok guru nak buat tu . sejak dari 17 oktober 1990 hingga hari ni dah genap 21 tahun dah karpal singh cabar tok guru . kalu nak buat hudud , tok guru kena langkah mayatnya dulu .

Karpal seinci pun tak bergerak dari pendirian dia sejak 21 tahun yang lepas .

tengoklah tok guru pulak , dari negara islam kepada negara kebajikan kemudian nak laksanakan hukum hudud pulak . satu dokumen pun tok guru tak keluarkan bagai mana cara perlaksanaan hudud di kelantan . takkan dalam tempoh 21 tahun tak boleh buat satu buku pun.

tok guru buat lah buku . huraikan macam mana kaedah pendakwaan , kaedah penghakiman , kaedah saksi , kaedah hukum , perlaksanana hukuman dll . takkan takat bercerita dihujung lidah jer kat atas pentas pentas ceramah . nikan kerja besar . nak menegakkan hukum ALLAH .

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak