Friday, July 15, 2011

KEZALIMAM MEREKA KINI LAGI TERSERLAH~~ BERSIH: Pelajar M'sia dikhuatiri dibuang Al-Azhar


Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman berkata pelajar tahun akhir jurusan usulludin itu dikhuatiri telah dibuang dikatakan atas arahan pihak kedutaan Malaysia di negara itu.

"Dia dituduh menggerakkan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kaherah... Kita sedang siasat lagi, harapnya bukan begitulah (dibuang)," katanya.

Ketika ditanya, Dr Rani berkata, beliau mendapat tahu perkara itu setelah dihubungi oleh seorang pegawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di negara itu.

Pegawai berkenaan, Farizan Subhi merupakan pegawai hal-ehwal pelajar yang bertanggungjawab ke atas pelajar tajaan JAIS.

Difahamkan, Farizan akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kedutaan dan universiti berkenaan, esok, bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya minta dia (Farizan) cari surat rasmi yang kata dia (pelajar itu) dibuang.

"Kita akan cuba dapatkan bantuan menteri besar supaya tanya kedutaan.

"Kalau betul sah dibuang, kita akan minta penjelasan atas dasar apa dia dibuang," kata Rani ketika ditemui media di bangunan kompleks mahkamah Shah Alam hari ini.

Menjawab soalan, Dr Rani berkata, pelajar berkenaan tidak mempunyai masalah akademik dan hanya hanya perlu menghabiskan pengajian tahun akhir


Malaysiakini

2 comments:

Bulan Purnama said...

zalim betul la .. isyh3x

ayid: sy nak tukar link blog .. blog kmu dah sy masukkan dlm bloglist saya.. terima kasih :)

http://bulanpurnama89.blogspot.com/

leekonu said...

Utama
Perkhidmatan »
Hubungi
Tentang Blog ini

SUNGAI RAPAT ONLINE

Utama
Blog Ketua Kampung »
Blog Istimewa »
Aktiviti YB Hari Ini
Jenayah
Kesihatan »

Jumaat, 15 Julai 2011
Lim Kit Siang beri Amaran kepada Azizan agar jangan Tutup Pusat Hiburan Sepanjang Ramadan
7:30 PM SUNGAI RAPAT ONLINE No comments


DAP memberi amaran Kerajaan Negeri Kedah membatalkan larangan menghentikan operasi semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan ini atau akan berdepan dengan DAP

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak wajar membatalkan pelaksanaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1997 yang digubal ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu juga tidak pernah menguatkuasakan undang-undang tersebut.

“Dalam keadaan ini, Azizan harus mempertimbangkan semula serta memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 demi menjaga hati rakan parti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri Kedah mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi sepanjang bulan Ramadan.

Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan bukan satu perkara baru kerana ia sudah wujud sejak 1997 namun tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.

Beliau menegaskan bahawa di bawah enakmen tersebut terdapat pengecualian terutamanya bagi pertunjukan berkaitan keagamaan seperti ‘Festival Hantu Lapar’ yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada bulan Ogos.

Jelasnya, setiap perayaan atau pertunjukan adalah dibenarkan namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun akhirnya Azizan akur akan menyemak semula beberapa jenis hiburan sahaja yang wajar di tutup.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata beliau telah menghubungi Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Darul Aman berhubung keputusan kepatuhan Menteri Besar Kedah yaang hanya melarang 13 jenis hiburan di negeri itu.

“Lee mendakwa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Kedah.

“Beliau juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Justeru, Lim berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan pusat Pakatan Rakyat minggu depan. MB tidak seharusnya melaksanakan sesuatu yang belum dipersetujui.

Posted in:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak