Dan turut li'an juga oleh tertuduh iaitu isteri bertujuan membersihkan dirinya daripada tuduhan serta menyelamatkan juga daripada had zina. Setelah selesai, maka terputuslah hubungan perkahwinan secara fasakh bukan secara talak dan haram merujuk kembali atau berkahwin semula sepanjang hayat mereka.
Selain tuduhan perzinaan, li'an juga ikut terlibat dalam kes seorang isteri yang melahirkan bayi dan suaminya tidak mengakui bahawa bayi tersebut adalah bayi mereka.
Li'an akan diuruskan oleh hakim syarie dengan mengarahkan suami berkata (sebanyak empat kali):
"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya aku adalah orang yang benar dalam apa yang aku telah katakan tentang tuduhan perzinaan wanita ini". (Untuk kes tuduhan perzinaan).
"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya aku adalah orang yang benar dalam apa yang aku telah katakan tentang penafian bayinya daripada-ku". (Untuk kes tidak mengakui anak).
Pada kali kelima suami akan diarahkan lagi oleh hakim syarie untuk berkata (sebanyak satu kali):
"Bahawa kutukan Allah ke atas aku jika aku adalah orang yang berbohong".
Selepas itu, hakim pula akan mengarahkan isteri berkata (sebanyak empat kali juga):
"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang berbohong pada apa yang telah katakan tentang tuduhan berzina". (Untuk kes tuduhan perzinaan).
"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang berbohong pada apa yang telah katakan tentang penafian bayi daripadanya". (Untuk kes tidak mengakui anak).
Dan pada kali kelima pula isteri akan diarah oleh hakim syarie untuk berkata (sebanyak satu kali):
"Bahawa kemurkaan Allah ke atas aku jika dia adalah orang yang benar".
Pengurusan kes tuduhan berkaitan perzinaan isteri ini adalah bersandarkan firman Allah yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.
Note: Inilah yang patut dibuat oleh penuduh yang tidak dapat mendatangkan saksi. Tapi masa DESA bersumpah berkenaan video yang kononnya melibatkan DSAI adakah ini telah dilakukan? Apa peranan pegawai masjid yang ada di situ? Mereka tak tahu ada LI'AN selain daripada SUMPAH MUBAHALAH?
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment