Friday, March 11, 2011

Kami Sokong Tokguru: Kenapa Mereka Menjauhi Politik


Assalamualaikum dan salam blogger bagi yang belum memasuki keluarga besar Islam.

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah,
biarpun terhadap dirimu sendiri ataupun ibu bapamu dan kaum keluargamu.
Jika ia kaya ataupun miskin, Allah lebih mengetahui keadaan keduanya,
maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, sehingga kamu tidak berlaku adil.
Jika kamu memutar belitkan, atau enggan menjadi saksi, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. (An-Nisa’: 135)

Mengikut Al Imam Dr.Yusuf Qaradawi dalam bukunya Fiqhi Daulah makna "menjadi saksi"disini juga boleh dikiaskan sebagai memberi undi dalam konteks sistem demokrasi,maknanya sesiapa saja di kalangan orang Islam yang enggan memberi undi kepada sesiapa atau parti yang layak menjadi pemimpin sehinggakan menyebabkan naiknya orang yang zalim jadi pemimpin ,maka dia dikira telah membantu kezaliman.
Apa yang saya lihat dari pembacaan saya kat internet dari blog keblog masih ramai lagi yang bersikap anti politik , walau apapun alasan dan pemikiran mereka.

Ada banyak golongan yang anti politik ni,ada dari golongan remaja yang saya kira bukan anti politik tapi jenis yang tak kisah tentang politik,mereka tak kisah tentang apa yang jadi pada negara mereka ,mereka tak kisah tentang harga barang naik atau ketidak adilan sosial ,tentang rasuah apatah lagi tentang pilihanraya.mereka tak kisah siapapun yang naik jadi PM atau parti mana yang menang pilihanraya asalkan mereka dapat terus enjoi dengan dunia mereka dan aktiviti mereka.

Untuk adik-adik ini sila renungkan kata-kata keramat dari rasulullah s.a.w ini
"Barang Siapa Yang Tidur Nyenyak Dan Tidak Mengambil Peduli Urusan Umat Islam, Maka Ia Bukan Dari Golongan Mereka."
(Hadith Riwayat al-Baihaqi dalam 'Shuab al-iman', at-Tabari, Abu Nu'aim dalam 'Hilyah' dan al-Hakim)

Golongan yang kedua golongan cerdik pandai,saya kira golongan ini bukannya takada kesedaran politik tapi mereka sengaja atau dah bosan dengan kerenah pemimpin yang zalim yang salah guna kuasa untuk kepentingan diri sehinggakan mediamasa semua di remote controlkan.
Mungkin juga golongan bijak pandai ini muak dan fedup dengan sikap sesetemhgah pemimpin politik yang menggunakan kedudukan dan pengaruh mereka untuk kepentingan kroni dan diri mereka ,walaupun dasar partinya dah betul tapi diburukkan oleh puak-puak yang saya selalu gelarkan sebagai puak serigala lapar dalam parti,menyebabkan imej parti tercalar.

Mungkin atas sebab itulah ada dikalangan golongan profesional ini seakan menjauhkan diri dari politik,kerana pada pandangan mata kasar mereka semua parti adalah sama ,semuanya hendak mencari keuntungan sendiri dan bukannya berjuang untuk rakyat dan keadilan.
untuk golongan ini kita bertanya kepada mereka,adakah mungkin wujudnya sebuah parti yang dipimpin oleh para wali dan malaikat yang bersih sebersih bersihnya seperti yang diinginkan mereka?

Sila renungkan ayat-ayat cinta ini:
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Al-Imran 3:104)
Golongan ketiga ialah golongan yang hanya mementingkan diri,Mereka secara dasarnya bukan anti politik tapi tak kisah pada negara apa yang penting diri mereka sendiri.golongan ini yang sanggup menjadi lalang politik .mereka akan memihak kepada siapa sahaja yang dapat memberikan keuntungan kepada mereka ,biasanya kepada pemerintah.Golongan ini yang selalu memasang kaki dalam mana-mana kerajaan samaada kerajaan pusat atau kerajaan negeri.

Tujuan mereka mencari projek dan duit saku .golongan ini saya kira ada dalam kelompok manapun ,mungkin dia seorang profesional,ahli perniagaan ,artis, ataupun hanya sekadar orang kampung biasa sahaja.Prinsip mereka senang sokong siapa saja yang dapat memberi keuntungan pada mereka
Golongan keempat yang paling malang ,ialah golongan yang tak tahu apa-apa pasal politik dan tak mahu tahu apa-apa pasal politik.Mereka hanya hidup dalam masyarakat mereka sendiri .bangun pagi mandi,solat bagi yang islam,pastu sarapan dan jalankan aktiviti mereka,malamhari balik tidur dan begitulah seterusnya.golongan yang macam inilah yang biasanya mudah dibeli bila setiapkali tiba pilihanraya.

Mujurlah golongan macam ini semakin pupus di Kelantan,tanah tumpah negeriku.kalau adapun kebanyakannya sudah berumur dan menunggu "punch card" terakhir,hehehe.Mereka ini hanya mendapat maklumat dari TV ,radio dan Akhbar perdana yang seperti kita tahu semuanya dibawah pengawasan Mem Besar Malaysia.
Golongan kelima ialah golongan yang menganggap politik pilihanraya sebagai sesuatu yang diluar dari Islam dan tidak patut bagi orang islam untuk menceburkan diri dari sistem kotor ciptaan yahudi ini (Mereka yang kata kata bukan saya kata :)
Golongan ini seboleh mungkin akan menjauhkan diri dari segala sesuatu yang bersikap kepartian,Mereka lebih senang dengan berdakwah cara mereka dan dengan slogan mereka kepimpinan khalifah.Macammana caranya mereka nak menegakkan kepimpinan khalifah di malaysia ni wallahua'lam.

Untuk kelima-lima golongan ini PAS sebagai satu-satunya parti islam perlu buat satu program dan perancangan yang benar-benar mantap untuk memberikan penerangan dan pemahaman kepada mereka.Akhirkata tugas kita hanya menyampaikan ,Hidayah dan petunjuk adalah hak mutlak Allah.

2 comments:

Panglima7 said...

Assalam Tuan. Terima Kasih linkkan blog hamba di sini. Blog tuan juga telah dilinkkan diblog hamba under Blog Sahabat3. Jazakallah Khairan Kathira.

Unknown said...

Terimakasih tolong promosikan blog saya

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak