Tuesday, March 8, 2011

Islam & Politik tidak boleh dipisahkan

Segmen Mari Belajar : Mufti yang tidak mahu mencampurkan urusan Islam ke dalam politik



Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah,yang lengkap yang sempurna, syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.

Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taa'la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaannya.

Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Deen . Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat

firman Allah:

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah." (Al-an'am-116)

2 comments:

Anonymous said...

politik tak boleh campor dengan agama,tak boleh laksana undang2 islam kerana masyarakat majmud,kalau perentah cara islam orang cina nak pi boh dimana kalau laksana hukum hudud habih kudung tangan dan macam2 lagi semuanya ini datang dari ustad2 umno supaya orang melayu islam tak sokong pas,tapi ini dulu la ni macam lain pula,lani umno pi kat orang cina dia kata kalau pr merentah pas akan laksana undang2 islam,mai kat orang melayu dia kata pas jadi pak yet cina dan macam2 lagi perkara yang searti dengannya.

Anonymous said...

Assalaamulaikum wahai Anonymous di atas saya ^^^^

Beritahu saya, benda apa yang BOLEH dipisahkan dari agama. Cuba beritahu dan kongsi disini sekarang.

Barangkali saudara buta sejarah tamadun ISLAM!, khususnya pada Zaman Nabi Allah (s.a.w.).

Saya nak tanya, awak ni Islam ke atau buta Islam?

Sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dapat menggabungkan orang Islam dan orang BUKAN Islam dengan tiada masalah. Piagam yang dikotakan oleh Islam pada zaman itu berjaya dan mereka dapat hidup aman dan damai.

Jangan beri banyak 'EXCUSE' pada Allah kerana kita orang Islam. Pandai-pandai sahaja saudara memberi pendapat TANPA dalil dan nas. Perintah Allah ditunda-tundakan; saudara ini Tuhankah?

Jelas sekali saudara mendapat ilm yang cukup daripada media pro-kerajaan.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak