Friday, August 20, 2010

Kontroversi: Isu Doa Khutbah, Pemimpin UMNO Mula Mahu Jadi "Juara Agama" Pula Sedangkan Lim Guan Eng Nafikan Perkara Itu Ada Berlaku !

Kontroversi: Isu Doa Khutbah, Pemimpin UMNO Mula Mahu Jadi "Juara Agama" Pula Sedangkan Lim Guan Eng Nafikan Perkara Itu Ada Berlaku !

Maka melentinglah puak-puak UMNO perihal kes doa khutbah yang dikatakan memasukkan nama Lim Guan Eng (foto), sebagai ganti Agong yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini. Masing-masing sibuk untuk memepertahankan kesucian agama Islam dan tidak mahu ia dihina. Hari ini Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Abdullah Md. Zin mengarahkan hendaklah dihentikan segera kerana ia bercanggah dengan hukum Islam dan undang-undang negara., sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, ia amat memalukan kerana jelas menjatuhkan maruah Islam yang mempunyai hukum dan peraturan tersendiri. Katanya, khutbah Jumaat adalah satu ibadat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan sesuatu majlis yang dimana aturcaranya boleh diubahsuai sesuka hati dan tidak berlandaskan hukum. Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO pula mendesak agar satu siasatan segera dibuat mengenai amalan penggantian nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi, maka amalan itu bukan sahaja menghina institusi raja selaku ketua agama bahkan kesucian masjid dengan penggunaan mimbar bagi mengagungkan Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Isu Doa Tidak Benar, Zahid Wajar Mohon Maaf

Sementara itu Lim Guan Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan... Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi (foto)... tiada masjid yang menggunakan saya,” kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media semalam. Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini. “Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat,” kata beliau. Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden UMNO itu memohon maaf secara terbuka. “Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.

[Ternyata isu khutbah ini sengaja skrip baru rekaaan puak-puak UMNO BN dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng. Amatlah tidak masuk dek akal orang Islam terpaksa membaca doa khutbah yang menyelitkan nama bukan Islam didalamnya. Kes ini mungkin berlaku di masjid-masjid yang tidak diketahui lokasinya. Ia mungkin dilakukan oleh Imam UMNO dalam usaha untuk memalukan Lim Guang Eng. Persoalannya, kenapa Zahid tiba-tiba membuat sidang media dan akhbar arus perdana terutamanya Utusan Malaysia. Bukankah ini menunjukkan beliau sengaja mahu mencari publisiti murahan bagi menjatuhkan Lim sebenarnya. Bukankah jika kes ini berlaku maka beliau boleh membuat laporan polis sebelum mengadakan sidang media. Mana pergi laporan polis yang boleh mengukuhkan kenyataan beliau itu. Semua ini jelas sekali membuktikan bahawa mereka kini sememangnya semakin terdesak]


Pahang Daily Online

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak