Showing posts with label Liwat Fitnah II. Show all posts
Showing posts with label Liwat Fitnah II. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Kes liwat:: BUKAN LIWAT TETAPI LEWAT !!


Saya adalah antara yang terawal memecah berita mengatakan seorang lagi dakwa diliwat. Ketika itu sekitar jam 3 petang iaitu sejam sebelum press confrence yang sepatutnya dilangsungkan di Lotus Family Restaurant Klang.

Maklumat ketika itu sangat kabur memandangkan pihak kami tahu akan ada laporan polis dari pihak Rahimi, tetapi tidak mengetahui apakah intipati laporan polis tersebut sehingga sampai masa PC pada jam 4 petang. PC tersebut juga berakhir dengan pantas kerana ada ganguan dari kumpulan yang tidak berpuas-hati dengan apa yang dilakukan oleh Rahimi - ibarat bermuka-muka apabila sebelum ini memberikan sokongan penuh pada Dato Seri Anwar Ibrahim termasuklah membuat dua akuan bersumpah pada tahun 2008.

Butir-butir akuan bersumpah tersebut tiada dalam pengetahuan saya tetapi difahamkan Rahimi mengaku bahawa semua dakwaan Saiful ke atas adalah tidak benar dan satu lagi ialah mengaitkan ezam lahanat sebagai salah seorang pencetus konspirasi Fitnah Liwat 2.

Oleh sebab kita sudah menghidu bahawa kemungkinan aduan polis hari ini adalah kerana kononnya Rahimi diliwat, teka-teki ini terjawab apabila bukanlah LIWAT sebenarnya yang dilapurkan, tetapi LEWAT membuat lapuran ke balai polis bahawasanya Rahimi telah dipaksa membuat pengakuan bersumpah pada tahun 2008 lalu.

Persoalannya di sini, mengapa setelah lebih dua tahun membuat akuan bersumpah, kini membuat aduan pula mengatakan dirinya dipaksa? Mengapa tidak membuat report polis selepas 2-3 hari atau selepas sebulan setelah membuat akuan tersebut?

Malaysia tidak lagi gempar walaupun sekiranya Rahimi mengaku diliwat. Rakyat dari pelbagai golongan masyarakat telah jelak dan meluat dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan ke atas Anwar Ibrahim, yang akhirnya akan menimbulkan overkill. Rakyat kebanyakkan pasti akan lebih tertanya-tanya mengapa Anwar tidak putus-putus diserang gerombolan? Dan mengapakah berita separuh hangat ini hadir disaat wisel sepak mula pilihanraya Galas ditiupkan hari ini?

Untuk pengetahuan semua, Che'Gubard adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa dan menemankan Rahimi sewaktu dia membuat pengakuan bersumpah. Sudah pasti Che'Gubard tahu apakah yang sebenarnya berlaku ketika akuan bersumpah itu dilafazkan.
Berikut adalah apa yang dibicarakan oleh CheGubard yang mengenali Rahimi sejak dari awal penglibatannya menjadi pembantu peribadi Anwar ;

Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.
Sila baca selanjutnya di blog Che'Gubard di sini.

Di bawah ini adalah butir-butir Press Confrence yang tidak sempat berlangsung ekoran kekacauan yang melanda secara tiba-tiba. Jauh di sudut fikiran saya mengatakan, ini adalah umpama sebuah drama lakonan, wallahualam;




Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan - oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.


Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahimi yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Pada sidang akhbar yang penuh dengan wartawan dan jurugambar ini, Rahimi dengan tenang cuba berdialog dengan kumpulan berkenaan.

"Hentikan sidang akhbar ini! Berapa yang engkau dibayar? Kami tahu apa yang berlaku antara engkau dan Saiful,” jerit seorang lelaki yang kemudiannya dikenali sebagai M Jayabalan berulang-kali.

Rahimi kemudian dengan tenang berkata: "Ini tidak ada kena mengena (dengan perbicaraan di mahkamah). Bagaimana boleh saya berunding jika awak terus menjerit?”

Jayabalan bersama enam yang lain diketuai oleh K Sureshkumar yang menyatakan hasrat bertanding jawatan naib presiden PKR mendakwa mereka berkempen bersama Rahimi ketika pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Juga kelihatan berada bersama kumpulan itu adalah penyokong PKR yang pernah berkempen di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang dimenangi oleh anak perempuan Anwar - Nurul Izzah.

"Kami berada di sini bagi menyokong Anwar. Tidak ada apa untuk didedahkan,” kata Sureshkumar, yang juga adalah pembantu khas Anwar yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal masyarakat India.

Turut berada di lokasi adalah beberapa anggota polis yang memantau perkembangan itu.

Mengapa mengadu tiga tahun kemudian?

Ketika dihubungi, peguam Anwar - N Sankara - menafikan dakwaan bahawa akuan bersumpah itu dibuat secara paksaan.

Pada awalnya, tegas beliau, Rahimi disenaraikan sebagai salah seorang saksi pembelaan Anwar dan dia (Rahimi) membuat akuan bersumpah itu secara sukarela.

Sankara menegaskan bahawa Rahimi tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah itu, tetapi sebaliknya membuatnya secara sukarela.

Lagi pula, tegasnya, mengapa Rahimi menafikannya sekarang selepas kira-kira tiga tahun berlalu.

Edyesdotcom

Friday, August 20, 2010

'Liwat' di Twitter, Ezam diheret ke JAWI - Malaysiakini

'
Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduan tersebut dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI pada jam 2 petang tadi.

"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan) pagi tadi.

Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tulisan Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bercakap pemberita selepas selepas membuat laporan itu hampir jam 3 petang, Shamsul berkata, selain tulisan Ezam di Twitter, beliau juga menyerahkan beberapa keratan akhbar bagi menyokong dakwaannya.

Jelas rujuk pada Anwar

Antaranya laporan muka depan Sinar Harian pada 13 Ogos yang melaporkan Ezam mencabar presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail bersumpah berhubung dakwaan beliau pernah dihubungi isteri Anwar yang memberi arahan supaya orang ramai tidak mendekati suaminya.

Menurutnya, walaupun terdapat tulisan Ezam di Twitter yang tidak menyebut secara khusus nama Anwar dan Wan Azizah, tetapi berdasarkan konteks dan isu pada masa itu, ia jelas merujuk kepada pemimpin pembangkang itu.

"Kita faham ia ditujukan kepada siapa berdasarkan rentetan peristiwa (yang berlaku)," katanya yang juga semua peguam.

Shamsul juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu ekoran keyakinannya bahawa Ezam tidak mempunyai empat orang saksi lelaki yang berwibawa bagi menyokong dakwaannya.

"Itu hanyalah usaha terdesak dan hendak meraih populariti," kata Shamsul lagi.

"Saya cabar beliau (Ezam) bersumpah dalam mahkamah (syariah). Bawa empat orang saksi, buktikan dakwaan dia betul.

Ini kerana, tambahnya, tindakan itu menurut kaedah hukum Islam yang betul.

Shamsul hadir ke pejabat JAWI dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR, antaranya Ketua AMK Wilayah Persekutuan Md Zaman Tasi.

Reaksi spontan Ezam

Sementara itu, Ezam dalam reaksi spontan menerusi twitter berkata beliau tidak gentar dengan tindakan mengheretnya ke JAWI.

“Dakwa qazaf - saya tidak gentar dan sedia bersumpah di mahkamah syariah pertahan setiap patah perkataan saya dalam twitter atau di mana saja,” tulisnya

Malaysiakini

Thursday, June 3, 2010

Live Kes Fitnah II : Dr Sayfooooooooooool Kata Tiada Kemasukan, Tapi Liwat Boleh Berlaku...Kah..kah..lawaknya


Kah..kah lawak...lawak..jom gelak ramai-ramai..no penetration but sodomy can take place without any injury. Ini keterangan Saksi ke-2, Dr Razali Ibrahim sebentar tadi.

Apa ke lawak Doktor ini.

Laporan perubatan dari HKL ini jelas nyatakan "tiada kecederaan... tiada penembusan konklusif terhadap dubur Sayfooooooool...woii..kalau takde kemasukan..kenapa ada liwat??

Jom semua, kita ketawakan saksi ke-2 ini, Doktor Bedah dari HKL..Siaplah ko lepas ini, dibelasah oleh 3 orang pakar dari luar negara..

Tapi ini yang mendebarkan..Dr. Razali ini kata membaca satu laporan, kata pengesat merasa B5, B6, B7, B8, dan B9 menunjukkan air mani...jeng..jeng..air mani sapa ni?? sekarang ni mahkamah berhenti rehat 10 minit..

Kisah Di Sebalik Tiada Kemasukan, Tapi Ada Perbuatan Liwat..

Sebelum iniDatuk Mohd. Yusof bertanya telah bertanya, apa jadi seterusnya apabila peralatan pemeriksa itu dicucuk masuk ke dubur Sayfooooooool untuk tujuan pemeriksaan. Dr. Mohd. Razali memberitahu mahkamah, selepas alat pemeriksa itu dimasukkan ke dalam dubur Sayfooooooool untuk mendapatkan beberapa sampel - satu - di luar, dua lagi dari dalam. apabila menarik semula peralatan itu keluar dari dubur Mohd. Saiful, beliau mengambil satu lagi sampel. Setiap sampel yang diambil diserahkan kepada Doktor Siew, doktor pakar yang juga saksi Sayfooooooool.

Peralatan yang digunakan untuk mengambil sampel dari dubur Sayfooooooool turut ditunjukkan kepada mahkamah untuk dikenal pasti oleh Dr. Mohd. Razali.

Dr. Mohd. Razali juga memberitahu mahkamah beliau familiar dengan bekas yang digunakan untuk menyimpan sampel yang telah diambil dari Sayfooooooool.

Mahkamah kemudian ditunjukkan dengan satu laporan pemeriksaan perubatan yang dibuat oleh Dr. Mohd. Razali oleh Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohd. Yusoff.

Mohd. Yusof kemudian membacakan muka surat akhir laporan yang telah ditulis, tiada kecederaan, tiada kesan koyankan, tiada kemasukan berlaku. Dalam bahasa yang paling mudah, Mohd. Yusoff meminta Dr. Mohd. Razali jelaskan laporan perubatan yang telah ditulisnya.

Tiada keputusan muktamad dapat dibuat kerana laporan yang diterima tidak lengkap, jelas Dr. Mohd. Razali.

"Jika saya tidak menerima laporan lengkap,saya tidak boleh buat keputusan berlakunya liwat.

"Sebenarnya ada dua lagi sampel, dua spesimen selain sampel raktor yang diambil,'' kata Dr. Mohd. Razali.

Hasnurul Mohamed: Mohd. Yusoff membacakan laporan dari mukasurat tiga.Ini yang dimasukan ke dalam ringkasan laporan dan diiyakan oleh Dr. Mohd. Razali.

Hasnurul Mohamed: B5, B7, B8 - kita tidak ketahui di mana fail-fail itu berada. Adanya air mani dan air mani yang sama ditemui.

Kalau tahu di mana fail-fail itu berada, bolehkah kamu menulis laporan lengkap? soal Mohd. Yusoff kepada Dr. Mohd. Razali.

Berbalik kepada laporan asal yang ditulis oleh Dr. Mohd. Razali yang tidak tahu dimana B5,B7,B8 dan B9 berada dan tidak tahu bahagian mana sampel-sampel itu diiambil. Mohd. Yusoff. bertanya, Konsisten kah masih tiada kecederaan ke atas Mohd. Saiful"?

Semuanya adalah konsisten,'' jawab Dr. Mohd. Razali.

Mohd. Yusof bertanya, ada kemasukan atau tidak?

"Ada kemasukan. Walaupun tiada kecederaan," kata Dr. Mohd. Razali

Hasnurul Mohamed: Mahkamah berhenti rehat untuk 10 minit

Justice For All

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak