Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.
Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.
"Dalam konvensyen bersama JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) di Cheras baru-baru ini, mereka gagal jelaskan mengenai isu-isu tanah dalam dasar ini sebab itu kita hendak bantah," katanya Jenita ketika dihubungi petang ini.
Jelasnya lagi, dasar berkenaan juga tidak memihak kepada Orang Asli dan tidak mewakili kemahuan golongan itu.
Tambahnya, masyarakat itu juga ingin menuntut supaya sekatan-sekatan dalam dasar tersebut dimansuhkan bagi membolehkan mereka diberikan hak untuk memperdagangkan tanah berkenaan.
Perhimpunan esok dijangka menjadi perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lal
Sumber:
2 comments:
Salam Ayid,org asli tu dah tahu ke Fatwa terbaru Mufti Masitah haramkan Demonstrasi,keh keh keh.
Salam ijoks
Masitah dah tak dengan suara skrng, kemana hilangnya ye kekek keke
Post a Comment