Wednesday, March 17, 2010

`SIS HINA ISLAM; JAIS TETAP DENGAN PENDIRIAN TAK BERGANJAK

'SIS hina Islam', JAIS tak berganjak

Khutbah yang disampaikan setiap Jumaat di masjid seluruh Selangor adalah berdasarkan fakta dan berkisar isu yang berbangkit dalam masyarakat Islam termasuk isu sebatan syarie ke atas tiga wanita Islam yang dibidas oleh Sisters in Islam (SIS), kata seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Penolong Pengarah Perhubungan Awam Dan Penerbitan JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, khutbah Jumaat juga turut memfokuskan isu berkaitan masyarakat Islam yang timbul untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada umat Islam.

"Kalau benar-benar khutbah tersebut memberi kesan kepada mereka (SIS), terpulanglah kepada mereka untuk menilainya.

"(Tetapi) kita tulis (khutbah) berdasarkan fakta yang benar, apa yang berlaku dan ia perlu diperjelaskan kepada masyarakat Islam," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Mohd Hidayat berkata semua khutbah Jumaat perlu melalui proses tapisan dari sebuah jawatankuasa terlebih dahulu sebelum diluluskan dan dibaca kepada orang ramai di masjid seluruh Selangor.

Beliau mengulas dakwaan SIS semalam yang kesal dengan penyampaian khutbah Jumaat yang menuduh NGO Islam itu "menghina Islam".

Dalam kenyataan medianya semalam, jurucakap SIS, Rashidah Abdullah berkata tuduhan yang dibuat itu tidak berasas dan amat bercanggah dengan "prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara yang mendokong ajaran agama Islam kita sendiri."

Beliau berasa kesal tuduhan tersebut datang dari "pihak berkuasa agama negeri yang sepatutnya berperanan mendidik, membantu menyelesaikan masalah dan bersedia mendengar aduan dan kebimbangan dari kalangan masyarakat Islam".

Pada khutbah Jumaat yang bertajuk "Isu Menghina Sebatan Syarie" yang boleh dimuat turun dari laman web jabatan berkenaan membidas tindakan SIS yang mempertikaikan tindakan jabatan penjara yang melaksanakan hukum sebatan kepada tiga pesalah wanita Islam.

Isi kandungan khutbah sebanyak dua perenggan pada 12 Mac itu berbunyi:

"Tidak cukup dengan itu, malah apa yang malang sekali ialah orang Islam sendiri mempertikaikan hukum sebatan syarie ini . Pada 17 Februari 2010 lalu, satu kenyataan media oleh Sister In Islam telah diterbitkan di dalam laman web Sisters In Islam antara lain, Sister In Islam membidas tindakan jabatan penjara melaksanakan hukum sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi atau pilih kasih terhadap kaum wanita .

"Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Doktor Hamidah Marikan berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut seksyen 289 Akta Kanun Jenayah . Sisters In Islam turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat 3 wanita Islam tersebut".

3 comments:

Panglima Perang Cyber said...

SIS memang anti Islam

NGO ini pura2 Islam ttp lawan Islam

syabas JAIS atas khutbah


semua pihak perlu sokong tindakan JAIS ini.

Mohamadazhan.com said...

salam sahabatku,

SIS dah lama dah bertapak, sekarang ni pihak berkuasa semakin berani berbanding dahulu. SIS antara pemikiran sesat daripada barat

Unknown said...

Salam sdr.ku

Inilah masalahnya bila jahil lagi sesat menjadi lidah pembela wanita Islam.

Dia seolah menjadikan Perlembagaan ciptaan kafir lebih tinggi dari syariat.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak