Friday, December 24, 2010

Lebih 10,000 Dijangka Hadiri Hari Krismas Terbuka Nasional 2010 - Ali Rustam

Hasrat Datuk Seri Mohd Ali Rustam

"Kita juga akan cipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records dalam Tarian Spontan Teramai, iaitu Joget Ria 1Malaysia pada sambutan itu, asalnya kita sasarkan 2,000 orang, tetapi kita mahu kesemua yang hadir iaitu lebih 10,000 orang menari bersama," katanya.

MELAKA, 24 Dis (Bernama) -- Lebih 10,000 orang dijangka hadir pada Hari Krismas Terbuka Nasional 2010 di Perkampungan Portugis, Ujung Pasir di sini Ahad ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata semua persiapan dilakukan mengikut jadual dan raptai terakhir sambutan itu akan diadakan pagi Ahad ini.

Katanya, majlis itu dijadual dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Mohd Ali berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan sambutan majlis berkenaan Jumaat.

Beliau berkata acara itu dijadual bermula 8.30 malam dengan Khalil, bersama beberapa tetamu kehormat, mengunjungi rumah di Perkampungan Portugis sebelum ke pentas utama untuk upacara perasmian pada 9 malam.

"Kita juga akan cipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records dalam Tarian Spontan Teramai, iaitu Joget Ria 1Malaysia pada sambutan itu, asalnya kita sasarkan 2,000 orang, tetapi kita mahu kesemua yang hadir iaitu lebih 10,000 orang menari bersama," katanya.

Mohd Ali berkata pada majlis itu juga, seramai 55 peserta Miss Tourism International dari seluruh dunia akan memperagakan pakaian batik Malaysia.

Beliau berkata sambutan itu dijangka berakhir 10.55 malam selepas Khalil berkunjung ke sebuah kedai kopi di perkampungan tersebut untuk beramah mesra dengan mereka yang hadir sebelum meninggalkan majlis.

Ini merupakan sambutan Hari Krismas Terbuka Nasional kedua diadakan di venue yang sama, sebelum ini, pada 2008 dan kali ketiga di Melaka.

Kali pertama ialah pada 2002 di Hang Tuah Mall di sini.

Bernama

1 comment:

ijoks2009 said...

Saya menanti-nanti apa komen majlis mufti,majlis fatwa dah memang sah umno punya tak perlu tanya pendapat.

Kadang2 kita tertanya-tanya kat malaysia ni siapa yang ada autoriti dlm bidang agama,nak kata majlis fatwa,kerajaan sendiri tak ikut pun fatwa mereka.Nak kata Mufti,banyak jugak nasihat mufti yang tak di pakai oleh media dan menteri sendiri.

nak harapkan IKIM,langsung tak buka mulut.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak