Friday, November 26, 2010

Kami Sokong Tokguru

Penulis blog UMNO yang hadir dalam program yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan di Shah Village Hotel melihat bagaimana penulis-penulis blog handalan UMNO menyuarakan kekecewaan kerana usaha mereka dalam mempertahankan UMNO tidak dipandang oleh kepimpinan UMNO.

Yang mengecewakan bagi mereka adalah UMNO menyalurkan bantuan kepada mereka yang salah – tidak menjurus kepada penulis dan pemilik laman blog yang baik dan ramai pembaca. Penyaluran bantuan dibuat oleh UMNO secara membuta tuli – lebih kerana pemberian kepada kronis yang tidak menyumbang tenaga untuk berada di barisan depan mempertahankan UMNO.
UMNO masih leka sehingga ada “bloggers” yang mengatakan bahawa dia kecewa dan benci dengan perangai sesetengah kepimpinan UMNO yang masih tidak sedar apa yang berada di depan mereka. Kepimpinan ini patut disingkirkan – kerana mereka gagal melihat kedudukan sebenar UMNO dan gagal menyedari hakikat yang ada masa kini.
Program yang sebenarnya mahu membincangkan peranan media arus perdana dan bloggers dalam menuju kepada tuntutan demokrasi yakni pilihan raya menjadi medan untuk bloggers UMNO menyuarakan kekecewaan mereka. Kekecewaan ini lebih memuncak kerana ada kepimpinan UMNO yang dikatakan menyalah salurkan dana bantuan yang sepatutnya di terima oleh bloggers UMNO tetapi tidak.
Kegusaran bloggers UMNO adalah kapasiti dan kemampuan mereka semakin berkurangan. Mereka terpaksa melakukan kerja-kerja mempertahankan UMNO dengan kedudukan yang daif sedangkan UMNO mampu membantu. Selain dari itu bagi mereka UMNO masih gagal melihat diri, membuat penilaian diri untuk memacu kemenangan. Nasihat demi nasihat diberi tetapi kepimpinan yang bertanggungjawab hanya kaku dan beku.
UMNO bagi mereka masih tidak sedar. Dalam kemelut suara kekecewaan itu – timbul satu kenyataan kuat oleh salah seorang bloggers – jangan salahkan saya sekiranya akhirnya saya tidak mengundi – kerana saya tidak mahu memberi undi kepada mereka yang buruk – gagal melihat kepentingan perjuangan UMNO secara total, gagal memperakui keperluan media baru dan hanya mementingkan diri dalam UMNO. Kami bloggers tidak akan menerima kepimpinan tersebut dan seharusnya menjadi tanggungjawab kami membersihkan mereka diri terus memimpin UMNO dan akhirnya merugikan UMNO.

Di petik dari : http://umno-reform2.com/front/
Kami Sokong Tokguru

1 comment:

Unknown said...

"Harapan" ??Macam pernah dengar je nama blog ni kan bro Ayid.
harap2 bukan org yang sama.hehehe

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak