Friday, October 1, 2010

Najib: Kesan buruk jika BN hilang kuasa - Malaysiakini

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan BN boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

Perdana Menteri berkata oleh itu rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan.

Dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20, di Kuala Lumpur malam semalam, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana hasrat YBK untuk mendirikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah ditolak oleh kerajaan negeri Selangor atas alasan yang tidak munasabah.

"Impian saya nak lihat di Serendah, tapak YBK itu tetap dibangunkan, kalaupun bukan UiTM, boleh dimajukan untuk bantu orang miskin. Ini akan terjadi hanya jika Selangor dipimpin semula oleh Barisan Nasional, ini akan menjadi kenyataan", katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk pembatalan cadangan pembinaan kampus UiTM oleh YBK di Serendah, Rawang awal tahun ini yang disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang enggan meluluskan tapak, dan berikutan pembatalan itu kampus tersebut dipindahkan ke Jasin, Melaka.

Sementara itu Najib berkata, kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengabaikan golongan miskin dan golongan kurang bernasib baik meskipun pelbagai program trasformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) diperkenalkan.

"Kita sentiasa meneliti apa yang dilakukan kini. Setiap gagasan kerajaan kita tidak lupa memasukkan aspek keperihatinan terhadap kategori miskin dan kurang bernasib baik," katanya.

- Bernama
Malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

ada kemungkinan besar perkasa itu ciptaan mahathir sendiri.


Persatuan loyar muslim malaysia
----------------------------------

beberapa minggu lalu ada pengkomen bagitahu di dalam blog dinmerican yang
persatuan ini pun idea cetusan tdm. Semasa kes cj dibuang tdm telah suruh
si zaid [macainya pada waktu itu ] untuk tubuhkan persatuan tesebut untuk
memberi sokongan tindakanya. Jadi si zaid pun sebagai presiden keluarkan
kenyataan bagi sapot pada hamit omar -katakan persatuan sapot hamit omar
sebagai cj [masa itu di panggil Presiden]


jadi tak heranlah jika tdm sendiri adalah backbone di belakang perkasa.


darii sagi pencapaian, memanglah betul berahim tak pernah ada ide yang bernas,
baik atau membina rakyat. hoo ha sana sini aje kerja dia


khong khek khuat

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak