Saturday, August 21, 2010

Pengetua di Sg Petani pula buat kenyataan perkauman - Malaysiakini

Beberapa hari selepas pengetua sebuah sekolah menengah di Johor dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kejadian yang sama turut berlaku di sebuah sekolah di Sungai Petani.

Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan rasmi di sebuah sekolah luar bandar di Sungai Petani, Ahad lalu.

Kata-kata itu diluahkan di depan lebih 500 murid tingkatan satu hingga lima serta kira-kira 45 guru pelbagai kaum semasa membuat teguran terhadap pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang berpuasa di bulan Ramadan.

Antara frasa yang mencetuskan kontroversi itu ialah "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China."(Baca lagi disini)

Pengetua 'rasis': TPM arah pasukan petugas(Malaysiakini)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor secara terbuka menghamburkan ucapan rasis pada pelajar.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, pasukan petugas itu dibentuk bagi mendapatkan fakta berkaitan dan merancang tindakan lanjut ekoran emosi pelbagai pihak semakin bergelora.

Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.

Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh berkata, terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku.

"Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya.

"Dan kedua-dua pihak buat laporan masing-masing," katanya merujuk kepada laporan polis oleh pelajar, ibu bapa dan pengetua itu sendiri.

Muhyiddn juga hari ini mendedahkan bahawa pengetua berkenaan telah memohon maaf.

3 comments:

Anonymous said...

Inilah dia didikan umno selama 52 tahun memerintah negara ini.Perkauman yang melampau..

Memalukan serta menjijikkan bila manusia yang bergelar "pendidik" bersikap rasist.Jadi apa lagi diharap kepada umno sekarang ini.

Marilah kita sama-sama ajar mereka yang bersikap rasist ini dengan menjatuhkan bapa kepada api perkauman di negara ini.....umno!!

Unknown said...

Salam Ayid

Mereka ni kalau tak gatal mulut tak boleh ke?

Tindakan bodoh cari penyakit walau sepatutnya seorang Pengetua adalah orang yang cerdik dan berakal.

Anonymous said...

Salam ayid,

Teman ni bkn ler pro mana2 pihak tp sbg org melayu kita kene ler pertahankan maruah bangsa dan agama kite..kalau udah bulan ramadhan tak tau nak hormat org melayu islam lebih baik dia berambus jer dr negara malaysia ni sbb sini bkn chinasia or indiasia..kome tak jadi pendidik boleh ler ckp ghoper itu..cuma kome merasa dulu dan kenapa cikgu2 buat tindakan mcm gitu..melainkan udah melampau sgt baru deme2 tu lepas ckp pergi mampos la china hindu kafir n lu org balik tongsan lg bagus...ckp sbg org luar boleh ler kata pendidik tak cerdik rasis mcm2 ler....tp lu org dudok dalam situasi dia org baru lu orgtau langit mana yang di junjung bumi mana yang nak dipijak...salam hormat

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak