Saturday, July 3, 2010

Pulau Pinang setuju LA bukan dari Peguam Negara


Ali Hashim

BUKIT MERTAJAM, 2 Julai: Selepas Kelantan, Pulau Pinang pula setuju cadangan agar Penasihat Undang-undang (LA) dilantik sendiri oleh kerajaan negeri bukannya dari Jabatan Peguam Negara namun buat masa ini akan kekal dengan kakitangan yang ada.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyokong cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua negeri yang ditadbdir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) melantik Penasihat Undang-Undang sendiri.

Langkah ini akan menghentikan amalan yang menjadi tradisi kerajaan yang lalu apabila penjawat jawatan tersebut diisi oleh wakil dari Jabatan Peguam Negara.

Menurut Lim lagi, cadangan tersebut adalah suatu proposal yang baik bagi mengelakkan berlakunya tindakan cuai pegawai yang dilantik oleh Kerajaan Pusat.

"Tindakan ini adalah baik kerana sebagaimana yang kita ketahui pegawa-pegawai ini adalah lantikan daripada Kerajaan Pusat yang mewakili kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta menimbulkan pelbagai masalah kepada pentadbiran negeri.

"Walau bagaimanapun setakat ini Pulau Pinang akan terus menggunakan khidmat nasihat daripada pegawai yang sedia ada, memandangkan Penasihat Undang-Undang tersebut adalah wakil kepada Kkrajaan negeri dalam semua urusan yang berasaskan perundangan dan mereka harus berurusan melalui saya terlebih dahulu,"katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, semua tindakan yang akan diambil perlu terlebih dahulu mendapat arahan daripada Exco Kerajaan Negeri dan Pulau Pinang masih lagi mengekalkan Penasihat Undang-Undang sedia ada.

Lim berkata demikian semasa bercakap kepada media di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai, Bandar Perda, Bukit Mertajam.


Harakahdaily

1 comment:

Amuraria said...

PENASIHAT UNDANG-UNDANG KERAP SEKONGKOL DENGAN PEGUAM NEGARA YANG SEKONGKOL DENGAN UMNO@UMCO @ APCO ! MACAM HAKIM TAK RELEVEN YG DAH KOJOL TTU ! TOLAK LA9PENASIHAT UNDANG2) DARI REGIM YG BEKERJASAMA DGN REGIM ZIONIS !

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak