Isu ini mula diperkatakan sejak minggu lepas apabila Menteri Besar Kelantan, yang juga Mursyidul Am (Spiritual leader ) PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) mengalakkan wanita untk turut serta bersolat jumaat sebagaimana kaum lelaki. Sengaja saya menangguhkan diri dari menulis tentang isu ini demi melihat dan mendengar reaksi dari tokoh-tokoh agama yang lain. Dalam berbicara soal agama, kita mestilah menilai hukum berdasarkan dalil-dalil syarak. Pandangan dan saranan TGNA, sebenarnya bukanlah bercanggah dari sudut agama meskipun ia agak menyalahi kelaziman dan kebiasaan di Malaysia dan Nusantara. Tapi, sebagaimana saya nyatakan tadi, agama bersendikan dalil-dalil syarak dan bukannya kebiasaan setempat. Tanpa bias kepada mana-mana parti , isu ini harus dibicarakan secara berhikmah. Pesan saya cuma satu, dengarlah apa yang dikata tanpa melihat siapa yang mengata. Yang penting, apa yang dikata itu bersendikan dalil-dalil syarak.
Sebelum berbicara tentang hukum wanita bersolat jumaat, eloklah dahulu kita perkatakan tentang hukum wanita bersolat berjemaah di surau mahupun masjid. Secara tradisinya, hukum yang sering diutarakan tentang hal ini, ialah wanita lebih afdal bersolat di rumah. Antara dalil yang dikemukakan ialah, sabda Rasulullah: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah). Sebenarnya berdasarkan hadis ini, jelas tiada larangan untuk wanita ke masjid, Cuma yang ada ialah nas yang menyatakan bahawa solat di rumah adalah lebih baik buat wanita..

Antara alasan yang dikemukakan oleh mereka yang tidak menggalakkan wanita bersolat jemaah di masjid ialah untuk mengelakkan fitnah. Dulu ada seorang ustaz berkata, Pelbagai fitnah boleh timbul terhadap wanita sepanjang perjalanan mereka pergi dan pulang dari masjid . Fitnah juga boleh timbul semasa mereka berada di masjid. Wanita-wanita ini akan diperhatikan oleh lelaki lalu berlakulah proses fitnah yang berpanjangan terhadap wanita itu dan lelaki yang memandangnya. WAH hebatnya alasan yang diberi. Tapi, Kalaulah kaum wanita dihalang ke masjid atas alasan fitnah, maka kenapa kita tidak menghalang anak-anak perempuan ke sekolah atas alasan yang sama? Tidakkah fitnah pergaulan bebas di sekolah lebih teruk daripada di masjid? Tidakkah gangguan yang bakal dihadapi mereka semasa ke sekolah atau ke kolej atau universiti itu lebih besar daripada ke masjid? Kenapakah mereka dihalang ke masjid yang berdekatan dengan rumah mereka, tetapi tidak dihalang ke kolej atau universiti yang jaraknya lebih jauh? Kenapakah anak-anak perempuan atau isteri-isteri dibenarkan ke tempat kerja, shopping kompleks, ke pasar-pasar bahkan ke semua tempat kecuali tempat yang paling mulia, iaitu rumah-rumah Allah? Satu persoalan lagi, benarkah apabila wanita duduk di rumah maka dia terselamat dari fitnah. Bukankah di rumah banyak ejen-ejen fitnah yang berupa televisyen. Kalau menonton berita di kaca TV sekalipun sudah banyak fitnah daripada fakta. Itu belum lagi dicampur dengan rancangan-rancangan berbentuk hiburan a.k.a maksiat. Jadi, adakah wanita yang sedang beribadat di dalam masjid itu lebih buruk dan lebih besar fitnahnya berbanding dengan yang sedang menonton tv di rumah?
Di sini ingin saya memetik artikel yang ditulis oleh Ust Tuan Mohd Sapuan bin Tuan Ismail (Pensyarah KIAS Kelantan) ……..bagi saya, kalaulah kita ingin berbincang mengenai hukum wanita ke masjid , kita jangan hanya melihat kepada hukum solat berjemaah yang ditulis dalam kitab-kitab Fiqh. Ini kerana hukum tersebut hanya untuk hukum datang berjemaah ke masjid. Padahal kita juga perlu melihat bahawa masjidlah tempat penyebaran ilmu dan kefahaman mengenai Islam. Kerana inilah Dr Yusof al-Qardawi berkata: "Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik". Ini kerana kewajiban belajar agama dan mendengar tazkirah bukan tertentu untuk golongan lelaki sahaja.
Bahkan terdapat hadis yang khusus yang menyatakan kelebihan belajar di masjid. Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang datang ke masjid dan tidak ada tujuan baginya melainkan mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka baginya pahala haji yang sempurna”. Hadis riwayat Tobarani dan al-Albani mengangapnya sohih. Lihat Sohih Targhib wat Tarhib, m/s 38……
Kembali kepada tajuk( wanita bersolat jumaat sebagaimana kaum lelaki). Sebenarnya tujuan TGNA mengemukakan cadangan itu adalah atas dasar ilmu dan bukanlah untuk bersolat jumaat semata-mata. Ini kerana solat jumaat dimulakan dengan khutbah dan khutbah pula merupakan proses pembelajaran. Menuntut ilmu amat dituntut oleh islam, malah sejarah silam menunjukkan islam amat menitikberatkan pendidikan ke atas kaum wanita. Dalam sebuah hadis, Aisyah menyebut para wanita telah bersolat subuh bersama Rasulullah s.a.w dan kembali ke rumah masing-masing sewaktu kabus masih tebal( sila rujuk buku Wanita, Status Sosial dan Undang-undang Islam, tpengarang Prof Madya Dr. Paizah Hj. Ismail m/s 59). Ibn Qayyim pula berkata, bilangan sahabat Rasulullah s.a.w yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam bidang fiqh berjumlah 130 orang merangkumi lelaki dan perempuan. Daripada jumlah ini seramai 7 orang (7 org daripada 30 org ) telah membuat berbagai fatwa atau keputusan. Kata Ibn Hazm, di antara 7 orang itu ialah Umar, Ali, Abdullah bin Mas’ud, termasuk juga Aisyah( rujuk Hak Keistimewaan Wanita, pengarang Ustaz Nik Razi Nik Mat dan Dr. Rosnani Hassan). Aisyah juga pernah memuji wanita Madinah, kata Aisyah “Sebaik-baik wanita ialah wanita Madinah, kerana tidak malu mendalami hokum-hukum agama.” (rujuk, Islam dan Manusia, Prof Madya Dr. Abdul Hayei Sukor, m/s 387 ).
Jadi,amat wajar dan sangat waras cadangan ini dikemukan oleh TGNA ini. Ia teramat releven untuk ibu-ibu yang sudah mempunyai anak-anak yang remaja dan dewasa. Terlampau releven, untuk wanita-wanita yang telah bersara dan tidak dibebankan dengan apa-apa kerja. Walau bagaimanapun bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut mengatakan prasarana di kebanyakkan masjid hari ini memustahilkan wanita untuk turut serta bersolat jumaat. Katanya lagi, keadaan masjid hari ini terlalu sesak hinggakan jemaah lelaki terpaksa bersolat di luar masjid, jadi jika wanita turut hadir maka ia akan menghalang( mengambil ruang) kaum lelaki dari bersolat jumaat.
Pandangan pribadi saya, cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetap releven dan pandangan ustaz Noh Gadut juga benar dan tepat( ini berdasarkan pemerhatian saya sepanjang bersolat jumaat dibeberapa buah masjid di seluruh Malaysia). Pandangan pribadi saya juga, jangan jadikan prasarana masjid yang belum sempurna sebagai alasan untuk wanita terpinggir dari arus ilmu yang disampaikan menerusi khutbah jumaat. Kaum wanita masih boleh memperolehinya menerusi kaca TV ( RTM 1) yang menyiarkan solat jumaat secara langsung.

No comments:
Post a Comment