Saturday, June 26, 2010

Mahathir ‘pelupa’ PAS juga bantah judi zamannya


KUALA LUMPUR, 25 Jun: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan ‘pelupa’ apabila menuduh PAS hanya menentang judi bola sempena musim bolasepak Piala Dunia 2010 ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) berkata, tuduhan Dr Mahathir itu juga satu fitnah dan menyerlahkan kedangkalan mantan perdana menteri itu.

PAS katanya, sejak awal penubuhan lagi konsisten dengan perjuangan menentang sebarang bentuk judi yang diluluskan di negara ini termasuk pada zaman pemerintahan Mahathir.

"Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis," katanya.

Tegasnya lagi, sikap Mahathir sejak dahulu menyokong judi dan kini memberi sokongan pula kepada Datuk Seri Najib Razak, hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau termasuk dari kalangan Umno sendiri.

Najib yang juga presiden Umno, katanya, kini sedang menerima tekanan kuat ekoran kelulusan lesen judi oleh kerajaan yang diterajuinya.

Ianya termasuk dari sayap pemuda dan Puteri Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang.

"Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (syarikat judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noar Omar," katanya lagi.

Dalam pada itu, PAS katanya merakamkan ucapan tahniah kepada pihak polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini.

"Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen," ujarnya.

Sementara itu, PAS mewajibkan seluruh ahlinya turun pada himpunan 100 ribu membantah judi pada 3 Julai ini yang dianjurkan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Organisasi PAS di semua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini di kawasan masing-masing.

"PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi.

"Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi ini," katanya.

Harakahdaily

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak