Tulisan Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti
Diterjemah oleh Ust. Mohd. Darus Sanawi
Terbitan Dewan Pustaka Fajar 1983
RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG `ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN AGAMA ISLAM
Sebelun kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu `alaihi Wasallam dan Semenanjung `Arab di mana baginda hidup dan dipiih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpiihnya RasuluLlah dan bumi ini dan bangsa `Arab pula sebagai pembawa ubor da'wah Islamiyyah.
Untuk mengetahui segala-segalanya pertama kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa `Arabdan perangai serta tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan muka bumi (geografi) dan persekitarannya. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengannya seperti Romawi, Greek dan
Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan dikepalai oleh dua negara yang gagah iaitu Parsi dan Romawi dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan
Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al Shahrastani dalam kitabnya yang berjudul Al-Milal Wa Al-Nihal, terdapat antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan.
Seruan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat dan karangan mereka yang memang berhaluan demikian. Kerajaan Romawi (
Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir dan negara Parsi, yang hidup dengan segala kemewahan iaitu kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat jelata. Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala yang biasa dan telah menjadi satu lumrah.
Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang faedah dan natijah yang berguna sama sekali. Negara
Bersambung siri 2
1 comment:
Kaum wanita terhina dan tertindas sebelum kedatangan Islam. Darjat kaum wanita diangkat dan dimuliakan dengan kedatangan Islam..
Kemuliaan yang Allah berikan untuk kaum wanita tapi masih ada sebahagian mereka yang tidak menghargai kemuliaan tersebut. Mereka lebih terdorong untuk kembali kepada zaman di mana wanita dipandang hina..
Post a Comment