Thursday, February 18, 2010

AKIBAT SOMBONG: INDONESIA AKAN MENDAHULUI MALAYSIA


SABENI (kanan) berdiri dekat notis di kedai farmasinya yang menyatakan dia menerima dinar emas dan perak di Cilincing, utara Jakarta pada 27 Januari lalu.

Kerana kelantan yang mendahului memperkenalkan MataWang dinar Emas, Pemerintah UMNO menutup mata kelebihan yang dihhasilkan oleh orang melayu ISLAM di Malaysia.
ini ke pembela melayu? pembela kroni sepatutnya di heboh kan.. 1KRONI

Guna duit emas, perak beli-belah barangan

JAKARTA - Sekumpulan penduduk Islam di Indonesia menggunakan duit emas dan perak semasa melakukan urus niaga harian di Jakarta.


Penduduk Islam itu merupakan pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi iaitu seorang lelaki kelahiran Scotland yang telah memeluk Islam.


Pengikut-pengikut Sheikh Abdalqadir itu membeli-belah dengan menggunakan duit itu untuk membeli makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kad telefon.


Nilai untuk satu duit syiling dinar emas ialah AS$153 (RM519) manakala dirham perak ialah AS$3.30 (RM10.80).


Pertubuhan Wakala Induk Nusantara (WIN) ialah badan yang mengedarkan duit emas itu di Indonesia.


"Kami memutuskan untuk menggunakan duit emas dan perak berikutan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Abdalqadir di bandar Cape Town, Afrika Selatan yang melarang penganut Islam menggunakan wang kertas," kata seorang pegawai WIN, Riki Rokhman Azis.


Menurut seorang ibu tiga anak yang turut mengendalikan perkhidmatan pertukaran wang emas, Kurniawati, secara puratanya empat orang datang ke kedainya setiap hari untuk membeli beras, minyak masak, sabun dan pakaian.


Dia yakin dengan penggunaan wang emas setelah suaminya memberikan mas kahwin dengan menggunakan duit emas lapan tahun lalu. - AFP


http://paspengkalanarang.blogspot.com

5 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Na'im Nikmat said...

Mahathir Tak Relevan Langsung......

Ayid said...

Yang meggunakan sebagai anonymous, keoemen mereka tidak akan di keluarkan. Mohon maaf

Anonymous said...

Idea Dr Mahathir Mengenai Dinar Emas Mula Meyakinkan Dunia Islam Bahawa Penjajahan Barat Melalui Ekonomi Boleh Dihapuskan

Kuala Lumpur -- Idea dinar emas cetusan ilham Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad. Difahamkan Bank Pembangunan Islam (IDB) dengan kerjasama Sekretariat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sedang membuat penelitian terperinci bagi penggunaan dinar emas dalam system jual-beli serta penggunaan di peringkat antarabangsa.

Sesungguhnya Malaysia berjaya mencorak satu lagi usaha menyatukan dunia Islam menggunakan system kewangan yang unik serta amat berpotensi mengelak penggantungan terlalu ketat bersama system kewangan sedia ada yang didominasi pihak berkepentingan.

Anonymous said...

Idea Dr Mahathir Mengenai Dinar Emas Mula Meyakinkan Dunia Islam Bahawa Penjajahan Barat Melalui Ekonomi Boleh Dihapuskan

Menurut sumber OIC di Riyadh, Arab Saudi perbincangan secara tidak rasmi sentiasa dilakukan pakar-pakar kewangan Islam khususnya di kalangan IDB, OIC serta pembabitan pakar perbankan Islam dari Eropah.

“Persidangan OIC di Kuala Lumpur Oktober tahun depan memasukkan agenda ini sebagai topik perbincangan utama.

“Pandangan dan syor Dr Mahathir amat berwibawa sekali, beliau banyak memberikan ilham dan mendorong kepada penyatuan negara Islam sejagat,”


Dalam perkembangan lain, pemimpin Arab juga bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, perbankan dan kewangan Islam akan menghadapi masalah berikutan apa yang beliau panggil sebagai dasar balas dendam berterusan oleh kerajaan AS.

Bagaimanapun, beliau menggesa dunia Islam bersatu dan menerima idea menggunakan dinar emas atau berdagang sesama sendiri.

“Jika anda menggunakan dinar emas, anda akan mengurangkan dominasi dolar Amerika,” katanya.

Beliau juga kesal kerana negara Islam tidak serius menyelesaikan masalah politik dan ekonomi mereka walaupun setengahnya mempunyai kekayaan. Perdana Menteri juga yakin negara Islam mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang boleh merangsang ekonomi mereka.

Katanya, apabila spekulator mata wang, George Soros menyebabkan kekalutan di Asia Tenggara pada 1997, Malaysia mengalami kesan teruk yang bukan saja mengucar kacirkan ekonomi, malah menyebabkan kejatuhan teruk sektor pelancongan.

“Kita mengambil langkah ketat dan menyimpan semua rekod transaksi tukaran mata wang asing supaya menyukarkan spekulator menyerang negara,” katanya.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak