Tuesday, February 23, 2010

Detik-detik Hidup Al Syahid Hasan Al-Banna




Kelahiran dan Pendidikan Imam Hasan Al Banna.



Imam Hasan Al-Banna adalah anak sulung di dalam keluarganya. Beliau

dilahirkan di Mahmoodiah pada bulan Oktober, 1906 M. Takdir Allah telah

menentukan tarikh kelahirannya itu supaya dapat mengisi kekosongan akibat

kematian pemimpin Muslim Mesir yang berwibawa dan tercinta iaitu Mustafa Kamal.



Mahmoodiah bersuasana kedesaan dan merupakan sebuah perkampungan

petani. Para penduduknya menjalani kehidupan corak lama (tradisional). Keluarga

Imam Hasan Al-Banna sangat 'alim dalam ilmu Islam dan Sejarah Islam. Keluarganya

juga mengamalkan cara hidup Islam.



Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri.

Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan.

Bapanya juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam. Tidak lama

kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Ar-Rasyad As-

Diniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak terpelajar yang

bernama Muhammad Zahran.




Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu

Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun

berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah A'adadiyah.




Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah.

Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A'adadiyah dan

menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Kini cuma ada dua pilihan saja bagi

Hasan Al-Banna. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki Maahad-i-Dini; iaitu

sebuah pusat.pengajian yang berhubung terus dengan Universiti Al-Azhar. Langkah

ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah

memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan

Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun

berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai

sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat

Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke peringkat

yang lebih tinggi iaitu ke Universiti Kaherah (Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia

16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak

layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya

yang luar biasa itu. Waktu itu, Darul Ulum terkenal dengan gelaran 'Al-Azhar kecil'.

Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden. Diantara kursus-kursus yang

disediakan ialah Perguruan, Saikologi, Falsafah, Politik,Ilmu Kemasyarakatan,

Matematik dan Ilmu Bahasa. Sebaik sahaja diterima masuk, Imam Hasan Al-Banna

dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah.




Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan

diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan

mendapat pangkat pertama. Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan

kepada pengajiannya dan sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan

membantu bapanya membaiki jam. Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau

terpaksa pula membuat pilihan sama ada beliau patut mengambil biasiswa luar negeri

dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja dengan

Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran,

beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan

dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan

bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar kerana

negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru waktu itu. Selepas pengumuman

tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila beliau mula

bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh satu

tahun. Beliau tinggal di Ismailiah schingga tahun 1933 M.




Tugas Hasan Al-Banna Sebagal Seorang Guru dan Peristiwa Penubuhan Al-

Ikhwanul Muslimin.




Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan

tugasnya sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji

dengan teliti corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat

dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi

seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan

usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid.

Dalam masa yang singkat sahaja, ramai telah menjadi pengikutnya.




Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah

Imam Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana

memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan

yang terkenal dengan nama `Al-Ikhwan Muslimin'. Batu asas pusat gerakan dan

masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas

itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul

Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke matlamatnya.




Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna telah ditukarkan ke

Kaherah. Tempoh enam tahun yang dihabiskan di Ismailiah merupakan titik

permulaan keberkesanan gerakan Ikhwanul Muslimin pada masa depan. Ketika itu,

ada satu pertubuhan dakwah di Kaherah yang terkenal dengan nama `Jami'atu-

Tahzib-al-Islami'. Pertubuhan ini terdiri daripada belia-belia yang ikhlas terhadap

Islam. Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan memperjuangkan Islam

sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar mereka juga melibatkan diri

dalam kegiatannya. Berikutan itu, pertubuhan Jami'atu-Tahzib-al-Islami dan kesemua

cawangan-cawangannya telah diserapkan ke dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin.

Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Kaherah dalam tahun 1933 M., beliau dapati

usaha Ikhwanul Muslimin di situ telah mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran itu,

beliau terpaksa meninggalkan jawatan gurunya dan memberi penumpuan sepenuh

masa kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin.




Perkahwinan Hasan Al Banna dan Anak-anaknya.




Hasan Al-Banna sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah.

Kehadirannya itu telah menyirami hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin

as-Soli adalah seorang yang berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik dengan

peribadi Hasan Al-Banna serta kegiatannya. Hubungan antara Haji Hussin as-Soli dan

Hasan Al-Banna begitu rapat dan kukuh sekali. Haji Hussin membantu Hasan Al-

Banna dengan berbagai cara. Anak-anak lelakinya menjadi pengikut Hasan Al-Banna.

Hubungan ini menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari sehingga akhirnya Haji

Hussin as-Soli mengambil Hasan Al-Banna sebagai menantunya. Latifah, anak

perempuan Haji Hussin as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-Banna. Latifah juga

seorang wanita yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini bertepatan

dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:

...



dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki

yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik (pula).

(Surah An-Nur, ayat 26.)




Latifah sangat setia kepada suaminya dalam berbagai keadaan. Perkongsian

hidup mereka telah menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan

seorang lelaki. Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sana'a, Wafaa,

Raja'a, Hajir dan Istisy'had. Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisy'had

oleh Latifah kerana beliau dilahirkan dihari Imam Hasan Al-Banna mati syahid.


Petikan Dari Ekitab

Lajnah IT DPP Johor


No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak