Thursday, January 28, 2010

Permit Himpunan 100 Ribu Royalti minyal sudah di perolehi - Gegar


Himpunan 100,000 rakyat Kelantan yang bermula esok telah mendapat kelulusan daripada pihak polis," kata Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) Mohd Hisyamuddin Ghazali kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

"Seluruh rakyat Kelantan dan masyarakat awam dijemput hadir. Alhamdulillah baru dapat permit polis. Jadi, program Himpunan 100 ribu rakyat Kelantan tuntut royalti minyak di negeri ini adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua dijemput hadir.

"Permit polis itu, kami terima pada 3:18 petang tadi di Ibupejabat Polis Daerah Kota Bharu," kata beliau.

Ekoran itu, tambah Mohd Hisyamuddin, Gegar telah menyusun beberapa program sebagai langkah persediaan menjelang esok.

"Kita ada ceramah malam esok, termasuk program solat hajat berjemaah dan ceramah oleh Tengku Razaleigh Hamzah," kata beliau.

Mohd Hisyamuddin berkata, himpunan tersebut boleh diikuti secara langsung melalui laman sesawang http://www.mykelantan.tv. -erapakatan


Sumber Rakyat Marhaen

1 comment:

kijang said...

kepada rakyat Kelantan dan Perak sama-samalah kita sembahyang hajat mlm ini. mudah-mudahan kbenaran memihak kpd yg benar..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak