Wednesday, January 27, 2010

Dua kepala babi masjid Datuk Harun


Harakahdaily

PETALING JAYA, 27 Jan: Dua kepala babi dikesan dilontar di masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun di Petaling Jaya pagi ini.

Menurut satu sumber, kejadian disedari jam 7 pagi apabila siak masjid menjumpai bungkusan mencurigakan di perkarangan pintu masuk bahagian belakang masjid.

Pada mulanya beliau menyangka bungkusan tersebut mengandungi bayi yang ditinggalakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Namun setelah pihak polis yang dihubungi datang menyiasat, terdapat dua kepala babi dalam bungkusan tersebut.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, Ustaz Ghazali Shaari dan beberapa anggota unit amal.

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini. Saya harap umat Islam khususnya bertenang dan jangan emosi dalam perkara ini.

"Kita serah kepada pihak polis buat sisatan," jelasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada usaha terancang oleh pihak tertentu membuat provokasi untuk mencetuskan kemarahan agama dan kaum.

Difahamkan turut mengalami nasib sama adalah masjid Taman Sentosa.

Selain kepala babi, 30 keping wang seringgit juga ditaburkan di kawasan masjid itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan beberapa agensi berkaitan dilaporkan sedang menyiasat kawasan kejadian ketika ini.

Orang ramai juga dilaporkan mula memenuhi kawasan tersebut.

Sumber: Harakahdaily

1 comment:

madbi said...

orang islam diminta bertenang...... yang melayu, kalau nak mengamok lantak ler!!! beginilah keadaan islam di malaya, kalau agama lain dipersendakan, x boleh.kalau islam x per.... nampak x betapa lemahnya umat islam sekarang??? sehinggakan agama dipersendakan pon boleh diminta bertenang, serah kepada polis untuk siasat.... keputusan siasatan, balik2 isu politik, yang kena amno/pas, kapir ketawa ramai ramai!!!!!! padan muka melayu yang bodoh.......

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak