"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.
Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.
Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.
"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.
Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.
Ayid>>>. UMNO teluk Kemang dah nak bagi PR menang le, Ini Tun banyak sangat dia punya songeh kata Isa tak layak, suruh Isa kempen untuk Parti la
2 comments:
mAklonG : Jika saya Isa Samad .... saya akan tolong kuburkan UMNO ....
Syabas, Muslimat PAS memang hebat. Kemenangan Pasti akan tiba. Itu perjanjian Allah cuma masa kita tak tahu. Tadbir
Post a Comment