Thursday, September 24, 2009

PRK Bagan Pinang – Warga India Seksyen 23 Bantu Kempen PAS Dengan ‘Isu Protes Kepala Lembu’

SHAH ALAM - Penduduk berketurunan India Seksyen 23 Shah Alam dan beberapa bahagian lain di Selangor akan memastikan isu ‘kepala lembu dan protes relokasi kuil Hindu’ akan menjadi isu yang ditonjolkan dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.

Mereka merancang untuk untuk menerangkan kepada 20% pengundi India di bagan Pinang bagaimana sebenarnya protes kepala lembu adalah sesuatu yang dirancang oleh ahli politik UMNO.

"Kami akan mengingatkan (pengundi) India di Bagan Pinang apa yang berlaku kepada masyarakat di sini," kata penduduk K Raja, seorang Pelukis Pelan.

Menurutnya, kaum India Seksyen 23 dan di bahagian lain Selangor menyifatkan ketegangan kaum yang berpunca dari ’protes kepala lembu’ itu adalah disebabkan oleh parti UMNO.

Selain dari kempen rumah ke rumah, beliau berkata pihaknya akan mengedarkan risalah berkaitan insiden tersebut kepada pengundi India di Bagan Pinang

"Setakat ini, lima warga India seksyen 23 sudah bersedia dan kami akan mendapatkan sokongan lain untuk bergabung dengan kami."jelasnya.

Katanya, mereka akan bertolak dan bersama-sama hadir pada hari Penamaan calon di Bagan Pinang dengan sebuah bas.

Seorang lagi warga seksyen 23, yang tidak mahu dikenali berkata, mereka amat dukacita dan marah kepada UMNO atas apa yang terjadi dan akan membalas dengan berkempen untuk PAS dalam PRK Bagan.

"Kita tahu PAS adalah menghadapi tugas berat kerana undi pos tetapi kami akan memastikan mereka mendapat suara daripada masyarakat India," kata seorang penduduk lain.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Shah Alam, N Nathan berkata, selain isu ’kepala lembu’ ada beberapa isu lain yang akan digunakan untuk kempen di Bagan Pinang.

Beliau akan menguruskan perjalanan warga seksyen 23 dan lain-lain yang berhajat untuk membantu PAS dlam PRK Bagan Pinang dengan sebuah bas dan beberapa kereta.

Ayid>>>>> Munkinkah angkat 7 akan meningkat ke 8. Kita sama-sama tunggu,berjayakah tanduk lembu untuk menanduk dacing. Jika gelap bulan boleh terangkan

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak