Thursday, December 17, 2009

Masjid: Senarai bercampur orang PAS dibatal


Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bersetuju untuk membatalkan pindaan senarai nama ahli jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu.

Keputusan itu dibuat ekoran perbincangan antara Pengarah JAIP Datuk Mohamad Nor Mansur (foto, baju biru) dengan ADUN Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib (foto, kiri) yang mendedahkan semalam bahawa senarai nama telah dipinda dengan memasukkan nama penyokong PAS.


Diriwayatkan daripada Usaid bin Hudhair r.a katanya: Seorang lelaki dari kaum Ansar telah mengadap Rasulullah s.a.w secara bersendirian lalu dia berkata: Kenapa engkau tidak menugaskan aku sebagaimana engkau telah tugaskan Si Polan? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Sesungguhnya kamu akan bertemu pemimpin yang mementingkan diri sendiri serta bongkak sepeninggalanku nanti, maka hendaklah kamu bersabar sehingga kamu menemui aku di perigi (dalam Syurga)

Keputusan ini dinyatakan oleh Penghulu Mukim Slim River, Mohd Rashid Mohd Hassan, yang turut hadir dalam perjumpaan selama kira-kira sejam di pejabat Khusairi pagi tadi Baca seterusnya (disini)


8 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam ziarah ya akhi,

Jabatan agama pun nak diperbodohkan oleh kerajaan negeri haram ka?

institusi masjid yg penting mnjalankan apa yg sepatutnya dilaksanakan, sekiranya masjid di serahkan kpd puak2 UMNO ni, sah2 masjid tu tak dak kuliah2 agama. takut penceramah sentuh hal politik, terkena batang hidung balik...

ana tgk masjid2 di kedah(kerajaan UMNO purba dahulu) yg mana dipegang oleh orang UMNO, cnfirm xda kuliah agama, orang datang solat pun boleh bilang saja la...

Jabatan agama nak sujud patuh pada suruhan UMNO ka?

Briged Akhdor LR2 said...

klu boleh semua nak diumnokan sampai pekan ipoh diumnokan dgn limpahan cahaya lmpu biru karat..

Unknown said...

mmg begitulah jadinya bila Masjid di kuasai oleh Puak2 Umngok ni.
Sy tertarik dgn hadis ini
"Sesungguhnya kamu akan bertemu pemimpin yang mementingkan diri sendiri serta bongkak sepeninggalanku nanti, maka hendaklah kamu bersabar sehingga kamu menemui aku di perigi (dalam Syurga)"
-Hendaklah kamu bersabar-
Hadis inilah yg selalu diguna oleh golongan yg anti politik agar jgn menimbulkan perpecahan dengan melawan kerajaan yg diperintah oleh org Islam.

Ada sapa-sapa boleh jawab.

uminas said...

Al Bukhari mengeluarkan sanadnya bhw Omar al Khattab telah berkata:
"Banyak orang di zaman Rasulullah berhukum dgn wahyu. Sekarang wahyu telah terputus. Kami akan menghukum kamu berdasarkan amal kamu yang zahir. Siapa yang menunjukkan kebaikannya kepada kami.kami akan melindungi dan menghampirinya dan kami tidak berhak pada isi hatinya walaupun sedikit. Allah akan menghisab dalam perkara yang berhubung dengan hatinya. Siapa yang menunjukkan kejahatannya kepada kami,kami tidak akan melindunginya dan kami tidak akan membenarkannya sekalipun dia mengatakan bahawa isi hatinya baik."

Kita dianugerahkan akal untuk menilai siapa yang memperlihatkan kejahatannya terhadap Agama walaupun disolek dgn bermacam jenama.

Na'im Nikmat said...

Sabda Rasulullah S.A.W:
Kelak, akan ada para penguasa, lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja yang melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt.). Siapa saja yang melakukan nahi munkar maka dia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang ridha dan mengikutinya (maka dia tidak akan bebas dan tidak akan selamat). (HR Muslim).

Ingatlah, demi Allah, hendaklah kalian melakukan amar makruf nahi munkar, mencegah orang yang berbuat zalim, menempatkannya di wilayah yang haq, dan membatasinya hanya di wilayah itu saja…. (HR Abu Dawud).

Dalam riwayat lain ditambahkan demikian:

….ataukah (kalian ingin agar) Allah menjadikan hati-hati kalian berpecah-belah atau Dia melaknat kalian sebagaimana Dia melaknat mereka. (HR Abu Dawud).

Rasulullah saw. juga telah menjadikan perkataan yang benar di hadapan penguasa yang zalim sebagai jihad yang paling mulia. Demikian pernytaan beliau ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya, “Jihad apa yang paling agung?” Beliau menjawab demikian:

Kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim. (HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

Auf ibn Malik al-Asyja‘i pernah bertutur demikian:

Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baik pemimpin kalian adalah orang-orang yang mencintai kalian dan kalian pun mencintai mereka; mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Sebaliknya, seburuk-buruk pemimpin kalian adalah orang-orang yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.” Para sahabat bertanya, “Apakah kami boleh memerangi mereka?” Beliau bersabda, “Tidak, selama mereka menegakkan shalat.” (HR Muslim).

Yang dimaksud dengan menegakkan shalat adalah memerintah dengan Islam atau, dengan kata lain, menerapkan syariat Islam. Ungakap di atas menggunakan gaya bahasa tasmiyah al-kulli bi ismi juz’i (menyebut sebagian tetapi yang dimaksud adalah keseluruhan).

Sementara itu, ‘Ubadah ibn ash-Shamit juga bertutur demikian:

Kami telah membaiat Rasulullah saw. untuk senantiasa mendengar dan menaati beliau, dalam keadaan senang maupun susah, dalam keadaan lapang maupun sempit; untuk selalu lebih mementingkan beliau daripada keluarga kami; untuk tidak merebut kekuasaan dari ahlinya. (Beliau lalu bersabda, “Kecuali jika kalian melihat kekufuran yang nyata yang didukung oleh bukti [burhân] di hadapan Allah Swt.); serta untuk mengatakan kebenaran di mana saja kami berada, sementara kami tidak takut terhadap celaan orang-orang yang suka mencela. (HR Muslim).

Nangkubai said...

Yang wa tahu juak-juak Umno Forever ni bukannya nak Imarahkan masjid.Mereka jadikan masjid sebagai platform untuk kepentingan politik Assobiyyah mereka.,hampehh la lu orang..

Ayid said...

Terima kasih kepada semua memberi ulasan. Semuga allah memberi kekuatan kepada kalian di awal muaharam ini.Selamat berjuang demi Islam bukan demi Bangsa

Ayid said...

1095 Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya:

Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.

Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi:

Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu

Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggalah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak