Friday, December 18, 2009

1431 HIJRAH - AJAL SEMAKIN MENGHAMPIRI KITA


Seorang sahabat menghantar mesej sempena awal Muharam.

Berkata Abu Hurairah : "Setiap kali datangnya tahun baru, membuatku risau dan resah kerana semakin singkat umurku! Semakin dekatnya ajalku! Semakin tipisnya waktu pengampunan ku terhadap ALLAH ! Semakin dekatnya hari perhitunganku..."

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM DAN SEMOGA ALLAH AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSA YANG PERNAH, TELAH DAN SEDANG KTA LAKUKAN DENGAN SEBAB TERLUPA, SENGAJA ATAU JAHILNYA KITA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI.....

SB: Tingkatkan Amalan. Teruskan Perjuangan. Teruskan Berdoa. Jangan tinggalkan sembahyang jemaah kerana nak tengok bola.



. (3)Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Demi Masa (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

(2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar(3)



Semangat Besi

5 comments:

Na'im Nikmat said...

Semoga kita dapat mencontohi sikap orang Muhajirin dan Ansar yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi untuk Islam yang tercinta.Salam tahun Baru Hijrah 1431 buat akhi Ayid.Takbir!!Semoga terus teguh dalam perjuangan kita menentang Kezaliman UMNO/BN dan tertegaknya syiar Islam..

Ayid said...

Syukran Naim. Muga enta sehat dan diberikan allah kekuatan untuk terus berjuang menegakan Islam. Saidina Umar berkata: Mulia nya kita kerana Islam, bukan kerana sesiapa. Ayoh kita tegakan Islam. Tadbir

anakmuaallaf said...

Jom pakat-pakat hijrah jangan baca blog yang tabur fitnah..

sdura said...

Assalamualaikum....

Salam Ma'al Hijrah...
Bukan hanya melambatkan/tinggalkan sembahyang kerana nak tengok bola, lebih menyedihkan lagi bila melihatkan masih ramai yang berkeliaran di shopping complex tanpa segan silu sewaktu sembahyang Jumaat dimana waktu itu sepatutnya mereka berada di masjid.

mAlonG Sufina said...

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)." (QS Al 'Ankabuut : 57)

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak