Thursday, November 19, 2009

INDEKS RASUAH MERUDUM AHMAD SAID DI SARAN LETAK JAWATAN


KUALA LUMPUR, 18 Nov: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan didesak meletakkan jawatan ekoran kejatuhan ranking paling teruk Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (IPR atau CPI) dunia.

Desakan itu dibuat oleh Lim Kit Siang, Penasihat DAP yang juga anggota Parlimen Ipoh Timor dalam satu kenyataannya hari ini.

"Ini adalah kejatuhan paling teruk dalam ranking CPI dan nilai yang diperolehi Malaysia sejak CPI diperkenalkan oleh Tranparency International (TI) pada tahun 1995, di mana Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28," katanya.

Menurut laporan semalam, TI meletakkan Malaysia ditangga ke 56 dari 180 negara dan ketiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.

"Ini adalah kemaluan besar untuk negara ketika negara baru diperkenalkan dengan SPRM dan satu penghinaan kepada Perdana Menteri baru, YAB wakil rakyat Pekan yang telah mengishtiharkan gerakan melawan rasuah sebagai satu dari enam keutamaan KPI dalam pentadbirannya," kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Bagi beliau, punca kegagalan ini adalah kerana sikap SPRM yang memberikan tumpuan kepada iklan bilis dan pemimpin pembangkang.

Semalam, Presiden TI-Malaysia, Paul Low mengedarkan CPI dalam satu sidang medianya.

Dalam sidang media itu, dia memuji kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.“Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor," kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.

Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak terus menjunam.

Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008 dan 5.28 pada tahun 1995.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Peristiwa lompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan antara yang telah memberikan sumbangan utama kepada persepsi ini, kata Paul Low.

Sumber(Disini)

1 comment:

Briged Akhdor LR2 said...

dimanakah slogan najib pencapaian diutamakan..makin hancor dan merudum lagi ader ....salah satu punca utama merudum adlah kes lompat diperak ...

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak