Jika anak muda dihalang untuk menyertai UMNO maka sertailah kami wahai anak muda, PAS kini membuka ruang kepada anak-anak muda, dengan bertemakan slogan “Orang muda Geng kita”
Ayuh anak-anak muda berubahlah, ke arah jalan menegakan panji-panji Islam . Janji Allah itu Maha Benar. Allah Berjanji tentang kemenangan Islam itu adalah sesuatu yang PASti dalam Surah Al Mujaadilah pada Ayat 21 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." ShodaqALLAHul'Azim.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.
Beliau berkata ini berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat
"Sekarang ini ramai orang Melayu memiliki ijazah dan inilah cabaran kepada ketua-ketua cawangan, mereka takut disingkir dan diganti dengan mereka yang punyai pelajaran lebih tinggi.
Dr Mahathir berkata jika dilihat dalam parti pembangkang PAS, dulu mereka hanya diwakili oleh golongan ulama saja tapi hari ini ada jurutera, doktor dan orang yang berkelulusan tinggi.
Ayid: Ayuh orang muda mari kita berubah, biarkan orang lama dengan hak lama mereka
kita perlu mencari perubahan bagi menegakan Islam
No comments:
Post a Comment