Monday, July 13, 2009

AJARAN SESAT?????

Posted by saidi
Definisi:

Ajaran sesat bermaksud sebarang ajaran atau amalan yang bertentangan dan berlawanan dengan Akidah dan Syariah Islamiyyah, bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah , bertentangan dengan mazhab yang mu'tabar dan bertentangan dengan pegangan Ahl as-Sunnah Wal Jama'ah.

Ciri-Ciri Ajaran Sesat:

* Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.

* Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Mahdi dan mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati. Mereka akan muncul sebagai manusia istemewa seperti Imam Mahdi.

* Mempercayai bahawa roh orang yang sudah mati akan menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.

* Mendakwa bahawa pengikut-pengikut ajarannya atau tarekatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.

* Mendakwa bahawa gurunya memegang kunci pintu syurga.

* Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.

* Mendakwa bahawa semua agama ada sama.

* Mempercayai bahawa orang yang sudah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

* Memohon kepada barang-barang tertentu seperti batu,cincin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.

* Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak soleh atau anak hakikat.

* Mengaku bahawa Allah s.w.t menjelma di dalam diri.

* Mendakwa atau mengaku dirinya wakil nabi yang boleh memberi syafa'at kepada muridnya.

* Mendakwa ajaran atau tarekatnya diterima terus daripada Rasulullah s.a.w secara yaqazah ( sedar ).

* Mengaku atau mendakwa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah s.w.t melalui Nur Muhammad yang ada pada dirinya.

* Memansukhkan ( membatalkan ) Syari'at Islamiyyah seperti puasa,sembahyang,haji dan sebagainya. sebaliknya mereka membuat syari'at baru
dan apabila sudah sampai tahap hakikat maka tidak perlu lagi syari'at.

* Meninggalkan sembahyang jumaat kerana mengamalkan suluk.

* Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah , malahan ia boleh ditunaikan di mana-mana sahaja.

* Mengubah dengan sengaja ayat-ayat al-Quran dan maknanya.

* Mengaku bahawa azimat ( tangkal ) boleh memberi kesan.

* Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinya, setiap ayat diturunkan ada takwilnya dan mereka menganggap orang yang beramal mengikut syari'at hanyalah kulit semata-mata dan masih tidak sampai kepada matlamat sebenar.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak