Showing posts with label Ulama vs UMNO. Show all posts
Showing posts with label Ulama vs UMNO. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Shahidan melayan saya dengan baik sekali, kalau tidak diundang kenapa tidak sahaja suruh kami pergi,

Pensyarah: Saya dijemput temu PM, tapi tak sertai Umno

Saya pegang borang pun tidak macam mana nak isi? Jadi bagaimana boleh kata saya masuk Umno?

Sahadian kata PAS akan libang libu, sekarang siapa yang libang libu - berebut ulama!


Hosni menafikan laporan dia merupakan antara 40 ulama muda menyertai Umno Jumaat lalu.
SHAH ALAM, 2 Julai — Seorang ulama muda, Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, yang mendakwa dirinya “diperdaya” agar memasuki Umno minggu lalu menegaskan, dia tidak pernah mengisi borang menyertai parti tersebut sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun Hosni mengakui kehadirannya dalam program Jumaat yang berakhir dengan penyerahan borang adalah kerana diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu bertemu dengan mereka yang pernah belajar di Timur Tengah.

“Saya hadir ke program ini kerana diberitahu oleh seorang tokoh agama Umno bahawa Perdana Menteri mahu menemui pelajar-pelajar yang pernah belajar di Timur Tengah.

“Jadi apabila diberitahu begitu saya tanpa syak wasangka bersetuju untuk mengikut tokoh agama menghadiri program itu.

“Namun apabila sampai ke sana lain pula jadi apabila mendapati ramai wartawan dan jurukamera berada di situ sebelum dimaklumkan Perdana Menteri akan hadir untuk menerima borang keanggotaan Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program ceramah Ulama Muda Masuk Umno dekat sini.

Hosni, 27, mendakwa dia tidak pernah melihat dan mengisi sebarang borang keanggotaan Umno.

“Saya pegang borang pun tidak macam mana nak isi? Jadi bagaimana boleh kata saya masuk Umno?

“Lagipun saya memang tiada niat untuk masuk Umno... belajar agama tinggi nak masuk Umno buat apa?” kata pensyarah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Teknologi Selangor itu.

Sambil menjelaskan dia juga bukan ahli PAS, Hosni berkata, dirinya menggunakan ceramah malam tadi untuk menjelaskan kedudukan dalam isu semasa ini.

Hosni berkata dia tidak mahu orang salah faham dengan apa yang berlaku Jumaat lalu.

Difahamkan selain Hosni terdapat tiga orang yang mendakwa diri mereka “diperdaya”.

Bagaimanapun dakwaan mereka telah dinafikan oleh bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan jurucakap kumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno.

Selasa lalu, jurucakap kumpulan 40 ulama itu, Fadlan Mohd Othman menafikan empat orang yang mendakwa diri mereka “diperdaya” untuk memasuki parti BN itu sebagai ahli kumpulan tersebut.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Najib sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Sehubungan itu, Fadlan berkata keempat-empat nama mereka yang mendakwa telah diperdaya memang tiada dalam senarai 40 borang yang dikemukakan kepada Najib.

“Nama mereka itu memang tiada dalam senarai saya, saya pun tidak kenal mereka... memang tidak ada.

“Saya sendiri tidak pernah jumpa mereka,” kata Fadlan.

Senarai 40 nama itu merupakan kumpulan pertama ulama menyertai Umno.

Dakwaan mereka diperdayakan muncul sehari selepas kumpulan 40 itu menyerahkan borang permohonan keahlian menyertai Umno.

Ketika mengulas lanjut, Hosni berkata dakwaan yang dikatakan dia dan tiga orang ulama muda itu tidak diundang adalah tidak benar sama sekali.

“Kalau saya tidak diundang saya tidak akan datang tapi ini diundang sebab itu saya datang.

“Selain itu ketika berada di sana Shahidan melayan saya dengan baik sekali, kalau tidak diundang kenapa tidak sahaja suruh kami pergi,” katanya.

Malaysianinsider

Wednesday, June 30, 2010

ULAMA MUDA UMNO - GUNA KONSEP ISLAM FOR ALL!!

Wa ka ka... UMNO guna pakai Islam for all pulak dah, dulu marah kata PAS for All, dah tak ada idea lain guna aje lah kut

Ulama Umno fokus program 'kukuhkan iman'

Ditanya sama ada cadangan Islam for All itu mahu menyaingi pendekatan PAS for All dalam parti lawan, Fathul sambil ketawa menafikannya


Sekumpulan ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini membentangkan beberapa cadangan, antaranya bagi mengukuhkan pegangan agama dan akidah umat Islam kepada pergerakan Pemuda parti itu malam tadi.

Menurut jurucakap kumpulan itu Fathul Bari Mat Jahaya (duduk, kiri sekali), dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, selain mahu memfokuskan kepada program pengukuhan iman dan akidah, ulama muda mahu mengetengahkan konsep "Islam for All" (Islam untuk semua).

"(Hasilnya) Positif. Hasrat kita hendak berdakwa disambut baik oleh Khairy. Kita akan buat mesyuarat susulan.

"Setakat ini cuma bincang dulu cadangan-cadangan yang boleh dibuat," kata Fathul yang juga anak bekas mufti Perlis Mat Jahaya Yussin.

Fathul - Ulama lepasan universiti di Madinah dan Jordan itu - diminta mengulas pertemuan dua jam kumpulannya dengan exco-exco Pemuda Umno di ibu pejabat pergerakan itu di Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Fathul bagaimanapun menjelaskan, semua cadangan itu masih di peringkat awal dan akan dibincangkan lagi dengan pertemuan-pertemuan susulan selepas ini, termasuk dengan pelbagai pihak lagi dalam Umno.

"Pertemuan semalam lebih kepada taaruf (berkenalan) dan mengenali struktur Umno sebagai sebuah organisasi," kata penasihat agama di Institut Jantung Negara (IJN) itu.


.

"Kami mahu gambarkan Islam itu untuk semua, bukan semata-mata untuk pihak tertentu, orang tertentu dan bangsa tertentu," katanya ulama dalam bidang hadis itu.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar ulama yang menyertai mesyuarat malam tadi. Beliau sebaliknya hanya berkata "ramai".

Sementara itu, Fadlan Mohd Osman - yang mengetuai kumpulan 40 ulama menyerahkan borang keahlian Umno kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu - pula berkata kemungkinan kumpulan itu akan bergerak melalui satu biro khas dalam pergerakan itu.

"Hasrat berdakwah itu disambut baik oleh Khairy, mungkin dengan pembentukan lajnah (biro)," kata pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

"Semua ini masih di peringkat idea. Kita akan drafkan dulu cadangan kepada Pemuda dan Umno."

Malaysiakini

Sertai Umno,Dr Asri jelas kedudukan sebenar di Kota Bharu


KOTA BHARU, 29 Jun: Setelah ura-ura Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyertai Umno bersama kelompok ulama muda tidak menjadi kenyataan, bekas Mufti Perlis itu akan dibawa ke Kelantan bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Orang ramai di sini dijangka berpeluang mendengar sendiri penjelasan Dr Asri, sejauh mana dakwaan terhadapnya konon berminat menyertai Umno.

Beliau diundang pada siri wacana perdana yang akan dianjurkan kerajaan negeri pada 10 Julai ini bertempat di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam.

Wacana itu bertajuk ‘Bolehkah Melayu Bersatu?’ turut mengundang dua Exco Pemuda Umno Malaysia, Ustaz Afandi Yusof dan Lokman Noor Adam. Selain itu anggota parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Manakala Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusof akan bertindak sebagai moderator.

Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pemilihan tajuk tersebut sesuai dengan pelbagai tafsiran dibuat berkaitan kedudukan orang Melayu di negara ini sekarang.


”Ada tafsiran yang optimis, dan ada pula yang pesismistik, namun begitu negara ini telah melalui pelbagai bentuk perubahan politik, ekonomi, dan sosial yang memberi kesan kepada masyarakat Melayu,” katanya di sini.

Wacana tersebut merupakan beberapa siri forum diadakan di Kelantan sejak 2008. Wacana itu pernah mempertemukan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Bekas pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad juga pernah diundang ke wacana berkenaan sebelum ini.

Wacana itu dianjur dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd. Selain itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan TV (KTV) dan Galeri Al-Mizan.

Sebelum ini Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh mendakwa kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi akan menyertai Umno termasuk Dr Asri.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu hanya 40 sahaja sahaja ulama muda dilaporkan menyertai Umno tanpa kehadiran Asri pada majlis yang dihadiri presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Berdasar kepada jumlah itu hanya seorang sahaja iaitu Dr Fadlan Mohd Othman berkelulusan sehingga PhD.Hrkh

Tuesday, June 29, 2010

TERKINI PANAS...!!! ULAMA MUDA KATA MEREKA DITIPU


بسم الله الرحمن الرحيم

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Note: Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.

Kredit: Bujang Susah

'Hosni ulama tak diundang Umno'

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu.

"Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporanHarakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.

Akhbar web PAS itu juga melaporkan Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi ulama lepasan universiti di Jordan diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar.

"Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," Hosni dipetik sebagai berkata dalam sebuah ceramah.

Fathul pula ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata pihaknya masih hairan dengan kehadiran Hosni dan rakan-rakannya.

"Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu.

Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu.

"Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis.

Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."

Ditanya tentang dakwaan yang dilaporkan dalam akhbar sama bahawa seorang lagi ulama Wahab Abdullah yang mendakwa turut 'diperangkap', Fahtul bagaimanapun tidak tahu tentang status perkara itu.

"Yang ini saya kena semak dahulu," kata Fathul, ulama lulusan pengajian hadis daripada Jordan dan Madinah

Saturday, June 26, 2010

40 ULAMA MUDA MASUK UMNO! DR ASRI TIDAK..?

Ramai nya ulama muda masuk umno dalam gambar ini tak sampai 40 orang yang lain tak mau tunjuk muka kot!


Dr Asri tak cadang sertai parti politik


Apa komen Sahadian Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Asri akan berbuat demikian "bila sampai masanya". "(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama. "Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya.


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan hari ini yang beliau sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.
“Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms ringkas kepada Malaysiakini hari ini. Asri berkata pada masa yang sama, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti. “Saya tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini, demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain. Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini,” katanya. Desas-desus kemasukkan Asri ke Umno bertiup kencang sejak awal bulan ini tetapi ia tidak menjadi kenyataan apabila pada malam semalam antara 40 ulama muda yang menyertai parti itu, kelibatnya tidak kelihatan.
Pada sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang keahlian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno, ahli MT, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Asri akan berbuat demikian "bila sampai masanya". "(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama. "Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya.

Malaysiakini

Tuesday, June 22, 2010

PAS: ‘Asri jangan korek lubang sendiri masuk Umno’


June 21, 2010
KUALA LUMPUR, 21 Jun — “Jangan korek lubang sendiri.” Demikian rumusan nasihat Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad mengulas mengenai kemungkinan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyertai Umno, Jumaat ini.

Idris berkata, pihaknya berharap Asri tidak akan menyertai Umno dengan mengambil kira perkembangan dan pengalaman masa lalu dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

“Kita tidak ada benda (tidak kisah), cuma kita berharap beliau tidak sertai Umno... kami kesian dengan dia, tak mahu apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar (Ibrahim) berulang dan kena pada beliau,” kata Idris ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Betul atau tidak (akan masuk Umno) belum pasti, tetapi saya berharap beliau tidak akan masuk Umno,” kata beliau.

Asri yang mempunyai ramai kawan dalam PAS juga pernah disebut-sebut cuba dirujuk oleh parti Islam ini.

Idris berkata Asri juga menghadiri majlis pengebumian pemimpin veteran PAS Hassan Shukri minggu lalu.

Idris berkata, kedudukan PAS tidak akan terjejas meskipun Asri menyertai Umno, yang disebut-sebut akan menjadi kenyataan Jumaat ini.

Turut akan sertai bersama Asri iala kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi.

Asri enggan mengulas lanjut ketika dihubungi lewat malam tadi.

Bagaimanapun dalam kenyataan diposkan di blognya, Asri berkata “sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.”

“Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini,” kata beliau.

Dalam ulasannya Idris menambah tiada tempat bagi golongan ulama untuk berpolitik dalam Umno.

“Harap jangan masuk, tengok orang macam Datuk Seri Anwar,.. gagal, kena fitnah. Golongan ulama tiada tempat dalam Umno, tengok pada (bekas naib presiden PAS) Datuk Nakhaie Ahmad, (Tan Sri Dr) Hamid Othman, (Datuk Dr) Mashitah (Ibrahim),” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai usaha PAS meminta Asri menyertai partinya, Idris berkata, sebenarnya tiada usaha secara rasmi.

“Yang jumpa dan berbincang dengan Asri adalah atas nama kawan, tiada usaha rasmi di pihak PAS... macam biasalah, kita terbuka, kami terima sesiapa sahaja yang hendak masuk PAS,” katanya.

Malaysian insider

Ulama hakiki tidak akan tergamak pilih Umno



Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Ulama sebenar yang mencintai agama Islam tidak akan tergamak memilih Umno yang sekular sebagai wadah perjuangan mereka, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan at-Tantawi

Sebaliknya beliau berkata, wadah sebenar untuk menyebarkan dakwah Islam adalah bersama dengan PAS yang secara jelas dasarnya adalah Islam.

"Medan ulama sebenar adalah bersama gerakan Islam. Sewajarnya ulama menyertai PAS, bukan menyertai Umno, parti yang sekular," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Mohd Asli dalam web Umno yang menyebut 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin akan menyertai Umno Jumaat depan.

Mengulas lanjut beliau berkata, sejarah pernah menunjukkan bagaimana satu ketika dahulu beberapa tokoh ulama besar negara menyertai Umno dan kemudiannya keluar kerana tidak sanggup bersekongkol melakukan kemungkaran.

"Dulu Ustaz Ahmad Fuad, Ustaz Ahmad Maliki dan Ustaz Ahmad Badawi pernah menyertai Umno sehingga tertubuhnya Biro Agama Umno.

"Kerana tidak berpuas hati dengan kemungkaran dilakukan Umno termasuk meluluskan lesen judi, mereka kemudiannya keluar Umno dan menubuhkan Persatuan Ulama Malaya sehingga akhirnya tertubuhlah Parti Islam Se-Malaysia (PAS)," katanya lagi.

Sehingga kini tegasnya, Umno belum mengubah dasar dan perjuangan mereka dan masih menghalalkan judi.

Biarpun waktu ini Umno mempunyai ualama mereka seperti Datuk Seri Jamil Khir, Datuk Masitah Ibrahim dan Ustaz Firdaus Ismail, namun kesemuany,a kata Nasruddin tidak mampu menentang kemungkaran dilakukan Umno.

Jika 100 ulama tersebut menyertai Umno, fungsi mereka juga, katanya akan terbatas.

"Bagaimana sebuah parti yang menghalalkan judi yang diharamkan oleh Allah, mendapat tempat di hati ulama.

"Secara peribadi, hati kecil saya berkata, jika mereka ulama hakiki, mereka tidak akan tergamak memilih Umno sebagai medan menyampaikan dakwah Islam," katanya.

Harakahdaily


Monday, June 21, 2010

Penyokong tegar Umno berbelah bahagi: Tidak sedia terima ulamak/Dr Asri ke dalam Umno!



Oleh: Pria Malaya

Berikut adalah luahan hati penyokong-penyokong Umno di dalam Forum Tempur Politik Maya Kumpulan Penyokong Umno, MYKMU mengenai isu 'Dr Maza masuk Umno'..

Meneliti komen2 mereka, menunjukkan majoriti dari kalangan mereka tidak/kurang bersetuju dengan kemasukan ulamak ke dalam Umno..bukti lainnya, thread tentang isu ini tidak mendapat sambutan yg menggalakkan, berbeza jika wujud isu/berita/spekulasi pemimpin PR masuk Umno dan isu yg seangkatan dengannya..

Mungkin mereka masih belum sedia menerima tokoh2 agama menyertai Umno..mungkin bagi mereka, alim ulamak dan Umno adalah suatu yang pelik, aneh dan janggal, tidak boleh bersatu ibarat fahaman mereka yg memperlihatkan politik suku, agama suku...namun jika tokoh2 bangsa ataupun politik, sudah pastinya akan mendapat sambutan yg menggalakkan dr kalangan mereka..kenapa, korang fikir2 lah sendiri..

Apa pun, ikuti antara komen mereka mengenai isu ini..


lady_j
habis la kena cop ulama politik lepas ni
Herotamil
Pendapat peribadi aku....

Aku lebih suka ahli agama yang impartial..yg tiada berkepentingan.

Sorry to say lah...

Bila ahli agama mula berpihak pihak...maka gugur lah gelaran ulama.
Ini adalah salah satu ciri ciri ulama..
madinat
nampak gaya nanti ada le jawatan mursyidul am UMNO...kerja dia tukang keluarkan fatwa je..berlawan le depa dgn situa kutuk murtad keparat nik aziz tu..sorang kata haram..sorang kata halal...
Herotamil
Yep..this is definitely going to happen!!
another reason..i think its not a good idea.
pemudajambu
demi hormat pada Islam (bukan ISLE) dan gelaran ULAMA, aku rasa takpayah lah penglibatan mereka ni dalam UNO ... bukan tak sudi, bukan tidak hormat tetapi demi ISLAM itu sendiri

... jangan lah jadi mcm hamPAS pergunakan ISLAM sehingga songsang, kiblat pon ikut arah madagascar! ceramah pon mengadu dumba hingga ISLAM pun tercemar dimata si kafir ...

para ulama pon masih bole mengundi UNO di pilihanraya gak
Pujangga_bangsa
Dari pandangan aku pulak.. ada pros and cons..
pros nya ialah, mungkin ulama yg menyertai UMNO ni boleh menarik golongan agama yg lebih kepada perjuangan Islam menyertai UMNO.. majlis atau ceramah politik yg berteraskan keagamaan juga boleh menarik org Melayu..

Cons nya pula, takut mereka ni jadi ulama pak anggup je.. atau melekat gelaran ulama politik, seperti mana kita sering melabel pas kerana mereka mempunyai ramai ulama2 politik.. takut juga, disebabkan kepentingan politik, banyak fatwa2 yg x munasabah dikeluarkan mcm ulama seberang..

lepas ini, adalah gelaran Tok Guru UMNO, Tuan Guru UMNO, mursyidul am UMNO.. heheheh...
seman_tahan
Tapi aku rasa lebih baik dia org jadi ahli biasa ke atau buat la parti buka politik mcm perkasa. takut nanti jadi mcm tikus baiki labu.
inaki
jadi ulamak parti ni tak perlu kot, yela kang pemimpin2 buat bende tak elok, yg si ulamak tutup mata buat2 tak nampak... jadi ulamak dan bila nak berpolitik kena berani la nak tegur pemimpin2 tak guna tu, kang bersubahat plak jadinya nanti...
uncle_pejmbps
Asri??

he may want to pursue 'something' he couldn't get semasa jadi mufti Perlis...hehe...
Baca seterusnya di MYKMU dengan tajuk, 'Ulamak Sertai UMNO'..juga boleh lihat komen Zul Noordin yg turut tidak bersetuju Dr MAZA menyertai Umno (politik), baca di sini...wallahua'lam..

baca lagi [click here]...

Kredit: Pria Malaya

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak