Showing posts with label Isu JAIS. Show all posts
Showing posts with label Isu JAIS. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Pengarah JAIS ditukar jabatan?

Di balik segala kontroversi dan kritikan bertubi-tubi, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohammed Khusrin Munawi, kini wujud desas-desus yang beliau akan menamatkan tugasnya di jabatan berkenaan bulan depan.

NONEMenurut sumber-sumber dalaman jabatan bawah Majlis Agama Islam Selangor itu, Mohammed Khusrin (kanan) akan ditukarkan ke jabatan lain yang belum dapat dipastikan.

"Beliau kini menghabiskan cutinya di sini (JAIS)," kata sumber-sumber itu sambil memberitahu Mohammed Khusrin "naik pangkat".

Difahamkan, kekosongannya kerusi panas itu akan diisi pada 6 Januari depan.

Bagaimanapun, sumber itu enggan menjelaskan lanjut perkara itu.

Sebelum ini, nama beliau menjadi terkenal selepas JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 1 November 2009 atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Isu itu berpanjangan apabila, tindakan itu dan isu pentauliahan mengundang kritikan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad (Shah Alam), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Shaari Sungip (Hulu Kelang).

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcKetegangan terus berterusan dan merebak dalam isu lain, seperti dalam 'upacara
telan air ludah ustaz' yang didakwa Dr Mohd Asri (kiri) berlaku di sebuah masjid di negeri itu.

Belum pun reda, timbul pula isu ahli parlimen bukan Islam Teo Nie Ching daripada DAP yang memasuki sebuah surau di Kajang.

Isu yang mendapat perhatian istana Selangor itu bermula apabila Utusan Malaysia memetik kenyataan Mohammed Khusrin yang dilaporkan berkata, perkara itu tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Terbaru, JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah minggu lalu.

Sementara itu, Mohammed Khusrin ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menafikan perkara itu.

"Itu semua cerita orang, tak betullah tu, rumours (khabar angin) semata-mata," kata Khusrin.

"Minggu hadapan saya akan mula bekerja semula."Malaysiakini

Wednesday, May 12, 2010

Isu masjid: Penulis blog heret BN ke JAIS

PAS dilihat benar-benar mahu memulangkan 'paku buah keras' kepada BN apabila terus mengasak lawan politiknya berhubung dakwaan penyalahgunaan masjid untuk tujuan politik dengan memanjangkan kes tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Cukup seminggu setelah BN dibidas oleh ahli parlimen PAS Khalid Samad, esok seorang penulis blog PAS akan tampil mengadu perkara itu secara rasmi kepada JAIS.

Abdul Rahman Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi akan tampil membuat laporan tersebut di pejabat JAIS di Shah Alam kira-kira jam 2 petang esok.

"Sebenarnya saya datang ini ada hal lain, peribadi. Terlanjur datang, saya buatlah laporan ini.

"Dan saya merasakan, JAIS ni sudah melampau. Dan nampak sangat perangai Pro-Umno mereka," katanya.

Pada 6 Mei lalu, Khalid mendakwa semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April, BN menganjurkan majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahman - seorang perunding perniagaan di luar negara - berkata beliau membuat laporan tersebut berdasarkan laporan akhbar berhubung dakwaan Khalid itu.

"Laporan akhbar adalah rekod awam. Dalam mahkamah, laporan akhbar boleh jadi bukti. Setidak-tidaknya, JAIS wajib menyiasat dan memanggil ahli jawatankuasa masjid Ar-Rahimah," katanya ketika ditanya tentang asas aduan mahu dibuatnya.

Beliau juga menafikan berpakat dengan Khalid dalam hal tersebut demi meraih 'populariti politik' untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya adalah pembayar cukai dalam negeri Selangor. Bagaimana saya tiada kena mengena (dalam kes ini)?

"Lagi pun, (menjadi) hak saya untuk buat laporan kerana sesiapa sahaja boleh membuat laporan sekiranya berlaku perlanggaran (terhadap) enakmen syariah Selangor?" kata pengusaha blog Malaysia Waves itu.

Abdul Rahman merupakan seorang penulis blog popular PAS ekoran tindakannya yang sering mendedahkan beberapa pergolakan dalam parti Islam itu, terutamanya berhubung isu 'kerajaan perpaduan' PAS dan Umno sebelum ini.-Malaysiakini

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak