Showing posts with label DNA. Show all posts
Showing posts with label DNA. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

DULU KINI...DULU...KINI... OH DNA SIAPA BERUK DAN MONYET


KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tindakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membangkitkan isu pertuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mencetuskan kemarahan anggota parlimen kerajaan.

Perdebatan tercetus selepas Hatta dalam perbahasan Titah Diraja, menyentuh kempen yang akan dibuat PKR sebagai respons kepada isu liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang bertemakan DNA-Datuk Najib Altantuya.

"Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke camner.

"Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak ada la sampai ke situ.

"Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut," katanya.

Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) kemudiannya bangun mencelah dan bertanya, "Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu la DNA yang disebut ni, DNA yang baru ni makna apa?"

Lalu dijawab Hatta, "Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata 'Datuk Najib Altantuya', saya pun tak tahu,".

Jawapan itu kemudiannya mengundang bantahan ahli parlimen BN termasuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Tajuddin Abd Rahman (BN-Pasir Salak) yang mahu Hatta menarik balik kenyataan mengaitkan nama perdana menteri itu.

Perbalahan mulut yang turut disertai beberapa yang lain itu kemudiannya mengundang amaran Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandi yang turut ditujukan kepada Hatta.

"Tak boleh buat sindiran macam itu Yang Berhormat, hentikannya," katanya.

Hatta sebelum itu membawa kisah Nabi Allah, Yusuf a.s. yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf terkoyak.

Kisah itu cuba dianalogikan untuk menjelaskan persamaan dalam tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Kalau isunya main belakang, kenapa belah depan ada air mani, itu yang pelik," katanya.

Menurutnya, sesuatu bukti yang dibawa harus diteliti agar tidak tersalah membuat keputusan kepada tertuduh.

Beliau juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.

"Riuh satu negara demonstrasi sana-sini... Itu menghina mahkamah.. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.

"Sekarang siapa beruk dan monyet ni...oh DNA, DNA," katanya.

Harakahdaily

Wednesday, March 16, 2011

Baginda pula jelajah 'bongkar' Ummi Hafilda

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang



Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu. Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. NONEBaginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London. Menurut Baginda (kiri),

Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini. Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit. Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak