Showing posts with label Anak Najib. Show all posts
Showing posts with label Anak Najib. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

DAKWAAN RAFIZI DENGAN BUKTI NAMUN PENAFIAN HJ NAJIB ..AIR LIOR AJE KE KAKAKA

DAKWAAN RAFIZI DENGAN BUKTI NAMUN PENAFIAN HJ NAJIB WASSATIYAH SEKADAR PENAFIAN AIR LIUR BASI... KAH KAH KAH !BOLEH UMUM KAT TV AJE

Namun dokumen dari Hotel Shangri-la, yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri... dan seharus nya bukti tempahan dan bayaran yang tidak menggunakan wang rakyat dikemukakan bagi penafian... dan bukan hanya penafian penggunaan wang rakyat dinafikan dengan Air Liur Basi Umno sahaja... kah kah kah!. (sini)

Wednesday, January 25, 2012

Najib tepung Tawar Van Skuad Sayang. Aduhhhh

Kaka
Kaka ka kaka
Kenapa sampai nak tepung tawar
siap bagi nama sekali
Van skuad sayang


Sempena lawatan tersebut, Perdana Menteri turut menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang (gambar)yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita Umno dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.

lagi cerita ini : http://www.kl-today.com/2012/01/najib-yakin-kelantan-winnable-state/

Wednesday, November 9, 2011

Najib balek hari ini bakal sambut pulak 5 UMNO nak Lompat kih kih

Saya malas nak komen cuma saya petik dari blog Selamatkan UMNO (sini) Blog UMNO yang tulis bukan Blog PR. Mereka pun dah berani menderhaka huhuhuhu. Apa sebab?


5 Ahli Parlimen UMNO bakal lompat parti esok?

Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia.

Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.

Bukan sahaja rakyat biasa membenci Rosmah, akan tetapi ahli-ahli UMNO juga.

Blog Selamatkan UMNO baru saja menerima maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai tentang kemungkinan 5 orang ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti Melayu terbesar ini dalam jangkamasa terdekat.

5 orang ahli parlimen ini dikatakan akan meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang. Sebab utama tindakan ini bakal dilakukan berkait rapat dengan kebencian mereka terhadap penguasaan Rosmah dalam kerajaan Najib sehinggakan Malaysia kini seperti milik Najib dan keluarganya.

Jika benar maklumat yang kami terima ini, ahli-ahli UMNO sudah tidak lagi boleh berdiam diri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan parti UMNO daripada dimusnahkan untuk selama-lamanya.

Saturday, November 5, 2011

Kenapa Najib Perlu Diberikan Kawalan Keselamatan Di Mekah?

8 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com

Agak mengejutkan apabila PM, DS Mohd Najib Tun Razak terpaksa diberikan kawalan keselamatan sewaktu menunaikan hajinya di Mekah.

Ia memberikan pelbagai persepsi yang menghairankan seolah-olah Mekah sudah menjadi tempat yang tidak selamat dan kedua sudah ada "kasta" di dalam Islam yang membezakan seorang pemimpin negara dengan rakyat terbanyak, sekaligus mencemarkan ibadah haji yang sepatutnya menyamaratakan semua manusia tanpa mengira pangkat, kedudukan, harta dan harta.
Baca lagi (sini)

Wednesday, August 17, 2011

Tak mengamalkan al quran dalam pemerintahan mcm mana nak suruh rakyat menghayati al quran.... kelakar betui ....

Hayati alquran....tapi amik sekerat2 jer dalam pentadbiran...nauzubillah...pg ckp lain ptg lain..

Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Malaysia beragama Islam supaya menghayati kandungan Kitab Suci Al-Qur'an yang kini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar.

NONEPerdana Menteri berkata demikian dalam kemaskini status Facebooknya hari ini sempena Nuzul Qur'an yang jatuhnya pada setiap hari ke-17 bulan Ramadan.

Menurut beliau, Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga boleh menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman.

"Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini.

"Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran," katanya.

Umat Islam di Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu hari ini bercuti umum menyambut peristiwa agung dalam sejarah Islam iaitu hari turunnya Al-Quran

Baca lagi

Saturday, June 18, 2011

Dr Tan: Siapa bayar kos pertunangan anak Najib?

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

parliament crime prevention dialogue 080906 tan kee kwongMajlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBeliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'.

“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya.

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.

NONESebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu
.

http://www.malaysiakini.com/news/167304

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak