Tuesday, August 13, 2013

Roboh surau: NGO kata majlis agama 'seperti Taliban'

Roboh surau: NGO kata majlis agama 'seperti Taliban'
4:27PM Ogos 13 2013  
NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap "seperti Taliban" kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.
LFL dalam tulisan di Twitter turut mempersoalkan sekiranya arah kiblat tersebut perlu dipatuhi oleh manusia dan bukan oleh surau.
NONE"Surau ‘meditasi’ Buddha tidak menghadap kiblat, kata Mufti Johor...  Dah gila – surau kena hadap kiblat bukan manusia?," tulisan itu dipetik.
NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu.

"Taliban dah bertapak di Malysia - syabas BN,"

"MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salahguna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman.

"Agaknya @PDRMsia dah jadi penguatkuasa Taliban Msia lupa kerja sebenar – sibuk tangkap 'penghina' Islam bila hari-hari orang kena tembak/letupan," kata LFL dalam tulisan berkenaan.

LFL mengulas laporan media petang ini berhubung kenyataan penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut yang mengandaikan surau itu mungkin akan dirobohkan kerana tidak menepati arah kiblat.

Keputusan itu bagaimanapun dilaporkan akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi, kata Noh seperti dilaporkan Sinar Harian Online.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Hasrin Kamal Hashim dalam laporan Sinar Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah meluluskan pelan bangunan berkenaan.

Dalam laporan sama, Pegawai Daerah Kota Tinggi  Mohd Noorazam Osman pula berkata surau terbabit dibina atas tanah persendirian dan tidak dimiliki atau diwakaf kepada JAIJ.
Surau yang terletak dalam kawasan sebuah Surau di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu.

Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

 http://www.malaysiakini.com/news/238203

5 comments:

Anonymous said...

Kadang-kadang aku fikir bukan kiblat surau sahaja yang senget, kiblat Majlis/Jabatan Agama Islam termasuk kiblat segelintir mufti/ulama pun senget terbalik habis sebab lebih takutkan manusia dari Allah SWT, lebih gembira dengan imbuhan dunia dari akhirat, menyembunyikan yang haq malah mengangkat yang batil.

Ikut-ikutkan mereka ini bukan sesat (kalau sesat boleh ke pangkal jalan), cuma jalan mereka terlalu lurus dan lancar untuk dihumbam ke neraka yang terdalam.

Hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui.

Anonymous said...

Inilah akibatnyer penangan mazhab matathirsme.....kebangkitan kembali ajaran sesat nie mungkin akan terjadi selepas semua pemikiran rakyat Malaysia terutama pengikut parti syaitan dikenali telah dinasi kangkangkan oleh simunafik ini......

PokAmid said...

Akibat didikan UMNO berpuluh tahun, bukan takat surau dirobohkan, masjid pun mereka tergama! case on point; Masjid Kg Bujal, Kijal,bKemaman.

Amuraria said...

adakah ini salah satu bala dari Allah SWT yang mahu menguji pemerintah sekutu apco yang bersekongkol dengan para perasuah,perompak,penghina hukum hudud yang jadi hero porno? ABU jangan lupa !

Anonymous said...

Taliban dah kalahkan US kat Afghan. Puak2 nih jilat bontot US.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak