Tuesday, October 1, 2013

Kalau Kerajaan Negeri tak mampu kata Tompel "Imposible" ini kerajaan Pusat? Lol ke ape

Kerajaan akui tak mampu ambil alih lebuhraya bertol

Harakahdaily,30 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kerajaan sebenarnya tidak mampu untuk mengambil alih lebuh raya daripada syarikat konsensi tol dengan tahap kewangan yang ada sekarang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika mengakui perkara itu berkata, ini kerana ianya akan menyebabkan implikasi kewangan yang tinggi terhadap negara.

Menurutnya, pengambilalihan lebuh raya tersebut akan menelan belanja negara sebanyak RM400 bilion.

Jumlah itu pada fikiran kerajaan katanya, lebih utama untuk digunakan untuk membantu rakyat.

Pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pakatan Rakyat dalam manifestonya menawarkan penghapusan tol secara berperingkat jika berjaya menguasai Putrajaya.

Terdahulu Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) menanyakan adakah kajian dilakukan terhadap pembayaran pampasan yang besar setiap tahun kepada syarikat konsesi.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula bertanya sama ada kerajaan bercadang mengambil alih operasi lebuh raya dari syarikat konsesi atau tidak.

Ustaz Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) juga bertanyakan adakah kerajaan mengenakan penalti kepada syarikat konsesi bila perjalanan di lebuh raya menjadi sesak dan kadang-kadang lebih lambat berbanding jalan biasa.

Menjawab kepada soalan Ustaz Idris itu, timbalan menteri berkata, perkara itu sedang dalam kajian.

2 comments:

Anonymous said...

Typical answer...dalam kajian. Ini jawapan escapism, supaya soalan ini habis setakat itu! Macam mana nak mampu kalau asyik dok ambil kira masyukkkkk! Haramjadah punya UMNO!

Anonymous said...

kalu dah ngaku kerajaan UMNO/BN tak mampu......lepas nie kiter bg kerajaan Pakatan Rakyat pulok.....cer cuber dulu........

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak