Thursday, June 6, 2013

Mukhriz Mengkritik Pembinaan Kampus Kolej Universiti Insaniah, Disifatkan Membazir

mukrif malu nk iktiraf kejayaan kerajaan PR bole wat dlm masa singkat PR memerintah....tanpa bantuan kerajaan pusat. JASA PR pada Kedah selagi bangunan ini wujud

 
Bina kampus universiti umpama 'curah air atas daun keladi'?
Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan projek pendidikan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah sebelum ini sebagai 'mencurah air ke daun keladi' sahaja.

Menurut Bernama, Mukhriz mengkritik pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang disifatkannya membazir.

Ini kerana ia langsung tidak menjana pendapatan untuk kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri sangat-sangat berhemah untuk uruskan kewangan negeri. Kita tak ada sumber pendapatan yang besar tetapi kita ada cita-cita tinggi untuk bangunkan negeri.

"Kesemua perbelanjaan, setiap ringgit yang dikeluarkan mesti jana hasil. Bukan seperti 'curah air atas daun keladi' sahaja.

Ia akan mendatangkan hasil yang tinggi kepada rakyat sekali gus menyumbang ke arah penjanaan pendapatan negeri.

Mukhriz memberi contoh pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil (gambar) bernilai RM330 juta yang langsung tidak menjana pendapatan kepada kerajaan negeri di mana mereka terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun, lapor Bernama.

MB Kedah sebelum ini, Datuk Seri Tan Sri Azizan Razak meninggalkan legasi tersendiri untuk Kedah walaupun sempat mentadbir Kedah untuk satu penggal sahaja.

Beliau sempat membina kampus baru untuk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta.

Kampus baru ini menjadi pusat pendidikan penting di Kedah kerana ia bukan sahaja menjadi kampus tumpuan untuk pendidikan agama tetapi juga perubatan.~ hd

7 comments:

Anonymous said...

ORANG MCAM NI KALU BOLEH UNIVERSITY TU TUKAR BUAT KILANG SQ.MAQUEL LAGI BANYAK UNTUNG HARI RAYA RAKYAT KEDAH BOLEH DAPAT SATU PETI SORANG SQ.MAQUEL

Anonymous said...

SAMPAI BOTAK KEPALA FIKIR NK BUAT UNTUNG SAHAJA..BEZA GOLONGAN ULAMA MEMERINTAH DGN SEKULAR...

Anonymous said...

Ada orang yang sengaja kasi kedah sama tokey San Miguel. Mukhriz hanya memainkan peranannya.

Anonymous said...

Tgk la mentaliti sekular...
Hasil duit yg diutamakan,ttp hasil rohani x diambil kira pun..
Bwk la duit tu byk2 sebagai penebus kamu di Mahsyar nanti klu kamu org yg benar..

paparock said...

apapun tahniah kepada seluruh rakyat kedah yg memilih UMNO/BN... institusi pendidikan pun nak diniagakan...tahniah juga kpd staf kuin yg selalu memberontak dulu... he3.. sekarang ni dah aman tenteram ke kuin tu?

Anonymous said...

kalau membazir,rakyat kedah x yah sambung belajar ler.membazir duit mak pak.kerja kampung atau kerja kilang jer.

Anonymous said...

...sebut bab pendidikan, memang membazir pun. nanti rakyat belajar banyak-banyak cerdik lah pulak. Susah nak tadbir,kalau ramai rakyat cerdik nanti........

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak