Friday, June 7, 2013

MALANG SUNGGUH KEDAH. SEMALAM KATA KAMPUS INSANIAH MEMBAZAIR HARI INI DAH NAK KENA SWASTA

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.
“Rundingan masih berjalan. Penjualan ini didakwa ada kaitan dengan beban kewangan negeri berhubung pinjaman RM330 juta dengan Bank Islam bagi menampung kos pembinaan kampus induk Insaniah di Kuala Ketil,” katanya


Wartawan Sinar Harian
7 Jun 2013
Insaniah Kuala Ketil.
Insaniah Kuala Ketil.
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, kerajaan negeri sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

“Rundingan masih berjalan. Penjualan ini didakwa ada kaitan dengan beban kewangan negeri berhubung pinjaman RM330 juta dengan Bank Islam bagi menampung kos pembinaan kampus induk Insaniah di Kuala Ketil,” katanya.

Menurutnya, anak syarikat Insaniah Holdings iaitu Insan Maya (Multimedia), Insan Fasih (Bahasa), Insan System (ICT), Insan Medic (Perubatan), Insan Hospitaliti (Perhotelan) dan Insan Bestari (Sekolah Antarabangsa) mungkin berkubur apabila ada cadangan tutup operasinya.     

“Apa nasib kakitangan bawah Insaniah Holdings jika ditutup. Mustahil untuk serap semua pekerja kepada Insaniah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan program pengajian yang kini mencecah 40 program mungkin kembali seperti asal iaitu tujuh program.

“Ini juga akan menjejaskan pensyarah dan kakitangan bawahan program berkenaan. Ke mana mereka akan diserapkan?. Jika diberhentikan kerja pula membabitkan banyak pampasan,” katanya.

Menurutnya, sebahagian tenaga pengajar sudah mula mencari pekerjaan lain termasuk berhijrah ke IPT lain.

“Paling membimbangkan nasib pelajar. Jika benar diswastakan, pelajar menjadi mangsa keadaan apabila yuran akan meningkat dan mungkin perlu mengulang semula pengajian di IPT baru,” katanya.

Sumber turut mendakwa, gaji kakitangan peringkat atasan tertunggak selama dua bulan manakala gaji bagi kakitangan peringkat bawahan mengalami tunggakan sebulan.

Menurutnya, jika benar Insaniah diswastakan, ia suatu kerugian kerana segala kemudahan sudah siap malah operasi Insaniah di Kuala Ketil dalam tahun pertama berjalan lancar.

“Saya percaya Insaniah tidak akan membebankan kewangan kerajaan negeri kerana memiliki ramai pelajar antarabangsa. Malah universiti ini kini menjadi pilihan utama pelajar antarabangsa dan jumlahnya semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, suasana pembelajaran di Insaniah juga kondusif, dilengkapi tasik buatan manusia yang berpotensi dijadikan venue sukan air, selain memiliki dewan terbesar di utara tanah air yang mampu memuatkan 5,500 orang selain panggung eksperimen dengan kapasiti 1,500 orang.    

“Kita boleh jana pendapatan sampingan melalui kemudahan tasik dan dewan berkenaan bagi menampung perbelanjaan termasuk jana kewangan negeri melalui penganjuran acara atau disewakan kepada penganjur,” katanya.

Pada 18 Mei lalu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan kerajaan negeri akan menentukan hala tuju baru Insaniah selepas meneliti situasi terkini selain mendapatkan maklumat daripada pengurusan universiti.

Menurutnya, pembinaan kampus induk RM330 juta itu langsung tidak menjana pendapatan sebaliknya kerajaan negeri seterpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun selama 13 tahun.

 http://www.sinarharian.com.my/insaniah-bakal-diswastakan-1.168241

5 comments:

Anonymous said...

Ini semua kerja Ostad Azizan yg kuat tidur punya kerjalah, so jgn salahkan kerajaan BN Kedah 2013-2018 yer...

sebab tukang masak nasik x check api, nasik mentah dah terhidang, tetamu yg datang pon muntah darah nak memakannya

otaklunyai said...

tak kiralah siapa yg salah... tapi dari elok2 free dah kena bayar... ini salah satu kaedah umgok laknat nak tutup tempat belajar tu... walau macam mana pun rakyat jugak yg kena... itu pun otak boleh guna otak lagi ker... melayuuuuuu... melayuuu... rakyat didahulukan... wakkk kaa kaaaaaaa

Anonymous said...

baguih la muflis,ehh mukhriz si anak manja ni..pah ni swasta air,pahtu letrik,pahtu swasta jgak sejid..kalo x camna nk bolot juta2 nk bagi kt papa ye dak?

XUMNO said...

Yang syok didengar tu ialahapa akan terjadi kepada tenaga pengajar kolej Insaniah. Bukankah mereka juga dulu yang beria2 nak jatuhkan kerajaan Pas???Sekarang terimalah habuan kamu!

Enche Hadi UG said...

Warghhh ahahhahahahahahahahahahahahahahahhahahahahhahahahahh... WOI ZIZANG! Jangang dok ingak bahagiang aku plok!
Kene konpem molek dengang mukhriz tuh. Nati die buak lebong komisyen kite plok. Aku ingak kalu buleh komisyeng tuh buleh aku beli pukat baru.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak