Nasha: Saya rasa seperti dizalimi
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata beliau berasa seolah-olah dizalimi apabila mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kedudukannya sebagai ahli PAS turut terlucut sepertimana jawatannya dalam Majlis Syura Ulama.
Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nasharudin berkata kenyataan Nik Aziz itu juga keterlaluan kerana didakwa "mengiaskan saya seolah-olah telah murtad".
"Saya merasakan seperti dizalimi dalam konteks itu di mana kiasan yang dibuat terhadap perkara tersebut dilihat saya agak keterlaluan dengan mengiaskan saya seolah telah murtad, dan mengkiaskan saya dengan isu penceraian dan sebagainya.
"Sedangkan sekali lagi saya masih belum menerima hitam putih kedudukan sebagai ahli PAS," katanya dalam wawancara dengan akhbar milik Umno itu.
Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang berkata isu surat rasmi itu tidak timbul kerana "lafaz cerai" sudah dilakukan.
"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," kata Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian semalam.
Mengulas lanjut, Nasharudin berkata beliau berhak diberikan surat pemecatan memandangkan PAS sebelum ini memberi surat pelantikan ke jawatankuasa tersebut.
"Sangat tidak adil kerana saya hanya mengetahui perkara tersebut melalui media ketika baru pulang dari Dubai.
"Media ini bukan merupakan medium rasmi untuk kita menyampaikan perkara tersebut," katanya yang akur dengan keputusan pelucutan jawatan berkenaan.
Beliau yang kini merupakan ahli biasa PAS turut mengulas mengenai peluangnya untuk bertanding dalam pemilihan parti akan datang.
"Bagi saya kalau ada usaha untuk menyekat saya untuk bertanding dalam apa-apa jawatan dalam parti, itu bukan hak individu untuk menyekat saya.
"Tetapi terpulang kepada ahli dan kawasan sebab dalam PAS ini semangat syura itu bukan sahaja ada dalam Majlis Syura Ulama tetapi semangat itu juga ada dihidupkan dalam kalangan ahli di peringkat bawahan," katanya.

2 comments:
Sepatutnya beliau cermin diri sendiri kerana ketidak hadiran dalam mesyuarat atau muktamar bukan melalui surat rasmi tetapi melalui media pencacai. Ahli PAS mengetahui aktiviti beliau melalui media seperti lawatan bersama Najib dan beliau sepatutnya memaklumkan kepada PAS secara rasmi.
Ustaz tak sedarkah perasaan parti juga rasa dizalimi oleh ustaz? Ustaz nak tegur parti tapi guna melalui musuh parti. Apakah perasaan ahli dan pimpinan parti? Jangan fikir perasaan ustaz sorang je. Orang lain pun ada perasaan. Kalau laki bini bergaduh, settle dalam bilik jee.. Janganlah pergi cerita kat kedai kopi. kutuk bini sana sini. Tapi malam peluk juga.
Post a Comment