Friday, February 22, 2013

Hoho isu terpanas kini


[Panas] "Penerima BR1M Memang Binatang", Kenyataan Ini Tidak Sepatutnya Diterima Sebagai Penghinaan, Sebaliknya Satu Pengajaran

brim_lembu
MEMANG dalam keadaan sekarang, setiap pihak menunggu masa sahaja pihak yang satu lagi membuat silap.

Inilah yang berlaku semalam bila kenyataan Mursyidul Am PAS yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai binatang, mendapat reaksi negatif dari sebahagian besar pengguna Internet.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami”.

Betul lah statement tersebut, dimana yang salah?  Ada sesiapa boleh tunjukkan penulis?

Kenyataan ini tidak sepatutnya diterima sebagai penghinaan, sebaliknya satu pengajaran.

Mesejnya begitu jelas sekali, di masa hadapan, jangan terima pemberian wang tunai dari kerajaan BN sebab niatnya tidak baik, nak membeli undi rakyat.

Kalau dari kerajaan Pakatan Rakyat itu tidak mengapa kerana pemberian kita demi untukmengurangkan beban rakyat, bukan memaksa mereka mengundi kita seperti mana yang cuba dilakukan BN sekarang!!

Inilah mesej sebenarnya yang cuba disampaikan Nik Aziz semalam.  Tapi pelik kenapa tidak ramai yang mahu melihatnya begitu (dari sudut positif)?

Pada penulis sendiri, memang menunggu kenyataan seumpama ini dikeluarkan dari mulut mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat.

Maklum sahajala, sejak pemberian BR1M 2.0 ini dimulakan, tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan membantah pemberian tersebut.

Berbeza dengan pemberian BR1M yang pertama dahulu, bila pemimpin-pemimpin PAS seperti Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Nik Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan mengharamkan wang tersebut, lama sebelum wang itu dibayar pun.

Jadi bila ada kenyataan seumpama ini dari Nik Aziz, maka kita sepatutnya menyokong dan mengelakkan diri dari menerima wang tersebut.

Terutama sekali orang Islam, orang bukan Islam tidak mengapa kerana hukum halal haram ini tidak terpakai kepada mereka.

Kalau masih berkeras juga untuk menerimanya, seolah-olah besar benar nilai RM 500 itu, maka terimalah hakikat menjadi haiwan.

Jangan salahkan Nik Aziz, jangan salahkan sesiapa, tapi salahkan diri sendiri kerana memilih jalan itu.~ fmk
Sumber:http://idaman78.blogspot.com/2013/02/panas-penerima-br1m-memang-binatang.html

2 comments:

Sayang semua said...

Jangan kate sampai tahap mcm tu ....hina org....org beri kite terima...kalu byk duit xpe le pejam mate...kalu kami yg xberapa nak ada nie mcmane....

Cipot said...

Susahlah....kalu terima kate duit haram....terima lg kate kami binatang....kami org susa kais pg mkn petang...urus niaga ari2 kat pasar tu kite tau ke duit tu halal ke haram datangnye....org senang bole lah......

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak