KOTA BHARU: Surat amaran kepada Kelantan yang dihantar Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi menghalang pelaksanaan hudud masih berkuatkuasa sehingga sekarang.
Malah surat atas nama ketua kerajaan Malaysia itu belum ditarik balik sehingga sekarang.
Surat itu bertarikh 15 Julai 1994 yang ditandatangani Dr Mahathir antara lain menyebut kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
Selain itu disebut kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemuda PAS mencabar Umno mengeluarkan kenyataan bahawa surat halangan tersebut ditarik balik bagi memberikan ruang kepada Kelantan melaksanakan hudud.
“Ia termasuk memberikan jaminan kerjasama agensi-agensi seperti polis, penjara dan mahkamah yang berada di bawah kekuasaan kerajaan pusat,” katanya di sini.
Isu hudud dijadikan agenda media milik Umno dilihat sebagai usaha bagi memecahkan kesepakatan dalam kalangan Pakatan Rakyat. Namun sejak 2008 sehingga sekarang usaha yang dilakukan Umno itu gagal.
Dan sekarang cuba dinyaringkan kembali ketika menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Sehubungan itu Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad kononnya kerajaan pusat menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan sebagai satu sandirawa politik.
Katanya, ia hanya bertujuan meraih sokongan pengundi Melayu Islam merupakan golongan majoriti di Kelantan.
Sedangkan kata beliau hakikatnya juga hudud terhalang dengan kewujudan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah.
“Sekiranya benar Umno ikhlas memberikan laluan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan, kenyataan Alwi perlu disokong pemimpin tertinggi Umno di peringkat pusat,” katanya
Ahmad Fadhli juga berkata, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sendiri seperti dilaporkan The Star pada 25 September 2011 dengan jelas menyebut “No Hudud in Malaysia"?
Dalam perkembangan berkaitan Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abd Rahman berkata, Ketua Umno Kota Bharu, Fatmi Che Salleh ketinggalan zaman apabila mahu PAS menyatakan pendirian mengenai hukum hudud.
Katanya, kenyataan Fatmi seolah-olah tidak mengetahui pendirian PAS sejak sekian lama memperjuangkan Islam secara syumul termasuk hukum hudud yang menjadi sebahagian daripada kewajipan termaktub dalam Islam.
Beliau juga berkata, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan seorang Adun Umno di Johor mencadangkan hudud sebagai hilang akal menjelaskan BN menolak hudud.
“Kenapa Fatmi hanya menukilkan pendirian DAP yang menentang hudud sedangkan Umno dan parti-parti kompenan BN secara jelas menentang hudud dan negara Islam langsung tidak disentuh,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan.
2 comments:
Ketika Hadi menjadi Menteri Besar di Terengganu, dia juga cuba membuat draf hudud di negeri itu, namun draf berkenaan juga ditolak oleh Kerajaan Pusat.
Saya ingin bertanya secara ikhlas kepada Hadi dan puak-puak PAS yang ada ketika itu, apakah benar UMNO menolak draf hudud tersebut kerana Kerajaan BN tidak mahukan hukum Allah itu dilaksanakan di negara ini?
Dan sekira Kerajaan BN menolak draf berkenaan, apakah ia boleh ditafsirkan sebagai menolak hukum Allah SWT?
Sebenarnya, alasan Kerajaan Pusat menolak ketiga-tiga set draf enakmen berkenaan disebabkan oleh sifat draf itu yang tidak adil sama sekali.
Bukan setakat satu atau dua akta yang didapati tidak wajar, malah lebih dari tiga akta berkenaan yang didapati tidak adil.
Draf-draf berkenaan bukannya dikaji oleh Tun Dr. Mahathir, namun ia dikaji oleh para ulama Islam muktabar di negara ini dan dibahaskan sesama mereka sebelum diserahkan keputusan kajian draf tersebut kepada mantan Perdana Menteri itu.
Beberapa khilaf turut disenaraikan di dalam surat penolakan draf hudud tersebut yang ditandatangani oleh Tun Dr. Mahathir dan ia menjelaskan betapa ceteknya ilmu serta mentahnya ijtihad para ulama “agama” PAS ketika itu.
Jadi kenyataan Hadi bahawa UMNO menolak hudud. adalah tidak benar, fitnah dan pembohongan yang jelas memandangkan yang ditolak ketika itu adalah draf hudud PAS yang mencemar sistem keadilan di dalam Islam dan hukum Allah yang sebenar.
Saya yakin, sekiranya salah satu draf yang dikemukakan PAS itu adil, jaami’ dan maaniq segalanya, sudah pasti bukan saja Tun Dr. Mahathir, malah tiada sesiapa pun yang akan menolak “masterpiece” hukum Allah berkenaan untuk dilaksanakan di negara ini.
Takkanlah UMNO mahu membiarkan PAS memalukan Islam dengan mengamalkan hukum hudud yang tidak adil? Sesungguhnya UMNO tidak pernah redha melihat Islam direndah-rendahkan kualiti sistem keadilannya di negara ini.
Tapi, DAP yang terang-terang dan bermati-matian menolak hukum berkenaan pula yang dipuji Hadi?
Ketika draf-draf hudud itu dikemukakan, saya percaya DAP tidak menyemak langsung enakmen-enakmen tersebut.
Dengar saja perkataan “hudud”, terus Karpal, Kit Siang dan DAP tolak tanpa kompromi.
Malah saya percaya, sekiranya draf hudud itu adil dan sempurna sekali pun, DAP akan tetap menolak serta menentang keras perlaksanaannya di Daulah Islamiyyah ini.
Jadi, siapa yang patut pelik kepada siapa sekarang?
Hadi patut pelik pada UMNO atau seluruh umat Islam yang patut pelik kepada PAS yang kini memeluk kafir harbi yang jelas menolak hudud dan kerajaan Islam, malah boleh dikategorikan sebagai “anti-Islam” secara tidak langsung! seterusnya
joecharles said... .. anda bukan main pandai bercakap,tapi kosong semuanya..hampeh dan menipu .. kafir harbi yg anda tulis pun anda tak faham makna dan kepada siapa di tujukan. harap dpt belajar dari ulama2 PAS drpd ulardlmsemak parti syaitan spt di dakwa sendiri murshidul am umno.
Post a Comment