Monday, August 13, 2012

SUKA TAK SUKA: Kemana condongnya Akhil Hayy sekarang ini?


 
Satu ketika dulu Akhil Hayy begitu glamour dan terkenal dengan dunia kumpulan rocknya,  Semua itu kisah dulu !  dan sudah berlalu.  Kini beliau sudah bertukar menjadi  seorang pendakwah bebas. 

Baru-baru ini beliau ada menyatakan rasa gusar atau susah hatinya terhadap fenomena  artis menyatakan diri mereka mahu berhijrah dan memilih PAS sebagai wadah perjuangan? Bob Lokman, Aishah, Sham Kamikaze,  Abby dan lain-lain sebagai contoh. Agak menghairankan kenapa beliau mempersoalkan fenomena ini,  sedangkan beliau sendiri pun pernah berceramah dipentas PAS satu ketika dulu.. 


Walaupun Akhil Hayy nampak hebat sekarang ni,  tetapi adalah tidak kena dan tidak wajar beliau menyatakan rasa tidak bersetujunya terhadap tindakan artis-artis berhijrah ini. Kita yang bukan ulamak ini pun tahu menilai!  Rasanya tak salah kalau artis menyatakan keinsafan dan bersedia untuk berubah disamping menyeru orang lain mengambil pengajaran dari kisah lalunya!

Menurut Akhil Hayy lagi beliau tidak bersetuju artis yang baru berhijrah ini bercakap soal agama, melainkan setelah mendalami Islam terlebih dahulu. Duhai Ustaz Akhil Hayy !  Nak mengajak orang ramai kearah kebaikan dan bercakap hal-hal ringan mengenai agama, takkan lah sampai memerlukan diploma atau atau ijazah,  atau tamat pengajian pondok kut?  Ustaz orang berilmu,. Janganlah sempitkan pemikiran ustaz!!

Perkara kedua,.yang ustaz Akhil Hayy khuatir ialah,..takut artis tersebut diperalatkan oleh parti politik ! Parti politik mana yang Akhil maksudkan?. Bukankah beliau sendiri pernah berceramah di pentas PAS di awal kebangkitan semangat REFOMASI dulu? Apakah Ustaz ada pengalaman pahit semasa berceramah di pentas PAS?

Berbalik kepada  isu artis mahu berhijrah !  Kita pernah mendengar alim ulamak ada berkata"sampaikanlah ilmu walaupun sepatah ayat".  Apakah Akhil Hayy dah lupa kalimah ini yang beliau sendiri pernah menyebutnya? Sepatutnya perubahan atau penghijrahan artis-artis dari hidup ala-ala jahiliah kepada kehidupan Islam sebenar disokong sepenuhnya!  Bukan dipertikai atau diperlekeh !! Memang banyak kebaikannya bila artis bercerita pengalaman buruk mereka yang lalu dan menyatakan keinginan untuk berubah.  Semoga orang lain akan mengambil pengajaran darinya,..  salahkah? Lagi pun mereka bukan bercakap tentang hukum hakam secara lebih dalam. Mereka pun tahu belum ada kelayakan. Justeru Akhil Hayy tak perlu resah atau bimbang dengan kemasukan artis kedalam parti politik terutamanya parti PAS.

Tentang siapa peralatkan siapa, itu tak perlu dipersoalkan,. kerana sudah menjadi lumrah,…dalam hidup ini, kalau ada dua atau tiga pihak,   sudah tentu masing-masing saling memerlukan dan saling membantu. Dan bila sudah berkerjasama tidak timbul lagi soal diperalat atau menjadi alat. Yang penting matlamat murni yang hendak dicapai dan dan kehidupan sebenar yang dituntut oleh Islam ! Jadi, Islam dan politik,memang tak boleh dipisahkan.  Kedua-duanya saling memerlukan !  Dan jika ada ramai lagi artis beragama Islam yang ingin berpolitik berlandaskan Islam dan berjuang untuk menegakkan Islam, amatlah dialu-alukan.

Akhir sekali kita tertanya-tanya,.. dalam arus politik tanah air hari ini dimana kedudukan Uztaz Akhil Hayy? Apakah beliau sudah berada sebaris dengan Amy Search?, Awi? Atau AC Mizal? yang kita sedia maklum mereka ini adalah penyokong kuat Umno !. Atau adakah beliau telah dihanyut oleh dunia glamour seperti di zaman rocknya dahulu?. 

Oleh : rahimothman

2 comments:

Mohd Kazim said...

ostat cari makan,.dulu respek sekarang cukup menyampah dan jelik,.

mountdweller said...

Tak payah layanlah. Apa sangatlah yang ada pada manusia nih!

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak