sama sekutunya...in shaa Allah
20 Disember 2012
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) dilihat akan menggunakan isu amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyifatkan, BN pasti akan membawa isu ini bagi membuat pembuktian mengenai ketidakwajaran amanat sedemikian.
Menurutnya, isu amanat adalah antara isu terhangat yang akan menjadi pilihan BN untuk berkempen.
“Bukan salah mana-mana pihak jika isu ini menjadi agenda utama dalam siri kempen PRU13 nanti.
“Tidak kira parti mana, apa sahaja isu yang berlaku sekitar empat tahun sepanjang pentadbiran di bawah kerajaan negeri, pasti menjadi tajuk utama setiap parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, bukan hanya tempoh tersebut, isu lama juga akan dibangkitkan jika masih terdapat pihak tidak berpuas hati.
“Walaupun sudah bertahun, secara rasionalnya, ia tidak menjadi masalah untuk menjadi isu pokok dalam berkempen. Tambahan isu amanat ini sangat sensitif kerana menyentuh masalah perkauman sesama Melayu.
“Selain itu, ia turut memberi kesan negatif apabila berlaku perpecahan dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini sejak ia diutarakan,” katanya.
Dr Fuad turut berpendapat amanat ‘Umno itu kafir’ mungkin dianggap perkara biasa bagi pengikut tegar Pas.
“Mereka beranggapan amanat tersebut perlu diikuti, kerana ia senada dengan perjuangan.
“Berbeza dengan BN yang tampil membuat penerangan mengenai amanat itu adalah punca utama perpecahan masyarakat Melayu di negara ini,” katanya.
Katanya, Abdul Hadi tidak perlu menarik semula amanat tersebut jika dirasakan adalah benar.
“Beliau hanya perlu tampil dan memberi penjelasan kepada semua, bukan hanya pengikut parti sahaja.
“Mungkin amanat tersebut relevan sewaktu 1990-an, tetapi pada masa sekarang, ia sudah tidak bermakna lagi. Apatah dengan kesediaan Pas bekerjasama dengan DAP,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/politik/bn-guna-isu-amanat-kempen-pru13-1.113974
No comments:
Post a Comment