Tuesday, December 11, 2012

Kesian orang PP Najib kata Kehadiran PM celikkan pengundi Pulau Pinang

Setelah hampir lima tahun rakyat Pulau Pinang hidup ibarat 

'si buta kehilangan tongkat'



GEORGE TOWN - Tiada siapa dapat menafikan bahawa lawatan kerja Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang Sabtu lepas, sebenarnya telah membangunkan kesedaran dan memberi sinar harapan baharu bagi rakyat Pulau
Pinang.
Setelah hampir lima tahun rakyat Pulau Pinang hidup ibarat 'si buta kehilangan tongkat', ekoran pemerintahan pakatan pembangkang yang tidak mempunyai perancangan masa depan negeri, kini kehadiran Perdana Menteri mencelikkan mata rakyat untuk menilai apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow berkata puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang membanjiri padang Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mendengar ucapan dan bertemu dengan Perdana Menteri membuktikan rakyat Pulau Pinang telah celik dan tidak lagi mahu terpedaya dengan sandiwara pembangkang.
Katanya rakyat sedar bahawa kesemua projek pembangunan yang dilaksanakan sebelum ini adalah perancangan yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum tahun 2008 dan mereka cuma hidup atas nama ibarat "Lembu punya susu, Sapi dapat nama".
Beliau berkata janji perdana menteri untuk membina 20,000 unit rumah mampu milik di bawah projek PR1MA dengan kerjasama agensi yain sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan kerana kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan membina kos rendah dan rumah mampu milik.
Sebagai contoh, kerajaan negeri zaman BN memang mempunyai dasar perumahan negeri dan dasar itu sentiasa berubah mengikut keperluan dan kemajuan negeri dan pemaju tidak pernah dibebaskan daripada syarat-syarat itu.
Katanya kerajaan BN mewajibkan pembinaan sebanyak 30 peratus rumah kos rendah dua bilik dengan harga RM25,000 bagi setiap projek rumah mewah dan dasar itu pernah berubah kepada mewajibkan rumah kos sederhana rendah dengan harga RM45,000 dengan keluasan rumah tiga bilik yang lebih besar.
"Kerajaan negeri pakatan pembangkang tidak mempunyai sebarang dasar perumahan dan disebabkan itu mereka tidak mempunyai perancangan untuk membina rumah untuk rakyat", katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.
Teng berkata apa yang paling mendukacitakan ialah kerajaan pakatan pembangkang juga telah mengkhianati tanah yang diperuntukkan kepada projek rumah rakyat di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.
Katanya tanah yang sepatutnya dijadikan tapak perumahan kos rendah itu telah dijual oleh kerajaan negeri kepada sebuah syarikat untuk pembinaan hospital swasta.
"Apabila kita (BN) membuat tawaran membeli semula tanah itu, mereka mahukan deposit dan apabila kita telah membayar deposit, mereka memberi pelbagai alasan kerana sebenarnya tanah itu telah terjual dan mereka telah menerima bayaran penuh daripada syarikat swasta itu," katanya.
Beliau berkata itulah antara contoh sandiwara politik kerajaan pakatan pembangkang dan mereka sebenarnya cuba menunjukkan bahawa kononnya kerajaan di bawah pimpinan mereka semuanya baik tetapi pada hakikatnya mereka tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah rakyat.
Teng berkata menurut satu laporan, akibat kegagalan pakatan pembangkang merangka dasar perumahan, harga rumah dijangka naik sehingga lebih 50 peratus di negeri ini dan akhirnya rakyat golongan sederhana dan berpendapatan rendah tidak mampu membeli rumah di Pulau Pinang.

"Jika rakyat memberi mandat semula kepada BN untuk memerintah negeri ini, kita akan memperkenalkan semula konsep sewa-beli untuk meringankan bebanan rakyat memiliki rumah," kata beliau.
Begitu juga kelemahan pakatan pembangkang dalam mengurus kemudahan infrastruktur dengan baik dan sering lepas tangan apabila berlaku sesuatu masalah.
Sebagai contoh, kata Teng, kerajaan negeri membazir wang rakyat berjumlah RM4.3 juta apabila terpaksa meroboh bangunan letak kereta di kaki Bukit Bendera yang mendapat jolokan 'Kancil Park' kerana reka bentuknya yang terlalu kecil.
Katanya kerajaan pakatan pembangkang itu pada mulanya cuba menyalahkan kerajaan BN dengan mendakwa projek 'Kancil Park' itu dirancang pada tahun 2007 iaitu semasa zaman pemerintahan BN.
Namun setelah menjalankan siasatan dan mendapati projek itu dimulakan pada tahun 2008, iaitu selepas mereka mengambil alih tampuk pemerintahan, hasil siasatan mengenainya tidak didedahkan dan kerajaan negeri terus merobohkannya.
Selain itu, kereta api kabel baharu Bukit Bendera yang diberikan kerajaan pusat juga dilaporkan sering mengalami kerosakan sehingga menjejaskan perkhidmatan menaiki bukit itu.
Katanya kesemua masalah ini berpunca daripada pengurusan tidak cekap dan kerajaan negeri akan memberi pelbagai alasan kononnya masalah teknikal dan sebagainya, hakikatnya mereka tidak tahu cara mengurus projek kemudahan awam.
"Mana ada konsep CAT iaitu ketelusan, tanggungjawab dan kecekapan? Mereka sebenarnya tidak mahu bertanggungjawab, tidak telus dan tidak cekap dalam mentadbir negeri ini," beliau mendakwa.
Pelaburan asing adalah satu daripada sumber pendapatan utama bagi Pulau Pinang kerana ia tidak mempunyai sumber aslinya sendiri. Disebabkan itu, sejak zaman mendiang Tun Dr Lim Chong Eu menerajui negeri ini, beliau telah
memperkenal dasar industri negeri dan menjadikan Pulau Pinang sebagai lembah silikon yang tersohor.
Kini, dibawah pemerintahan pakatan pembangkang, kedudukan industri dan pelaburan asing juga menjadi tidak menentu kerana ketiadaan perancangan dan fokus dalam usaha meningkatkan dana pelaburan langsung asing (FDI), Teng mendakwa.
Beliau berkata menurut laporan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), pelaburan asing yang tertinggi di Pulau Pinang ialah pelaburan dari Amerika Syarikat dengan bidang utamanya ialah elektrik dan elektronik.
Beliau mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang sering mencari pelabur dari Korea Selatan dan Taiwan dan ini mencerminkan bahawa ia tidak mengetahui apakah jenis pelaburan yang perlu dicari untuk memperkukuh industri sedia ada serta menyumbang kepada industri sokongan di negeri ini.
"Mereka (kerajaan negeri) tidak sedar dari mana datangnya FDI, orang bagi tahu FDI datang dari A, mereka pergi ke B, mereka tak tahu apakah industri sokongan yang perlu dicari di negeri ini, apa yang sebenarnya mereka cari pun kita tak nampak kerana tidak ada perancangan," beliau mendakwa.
Teng berkata kerajaan negeri sekarang mungkin berbangga dengan pemberian RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun keatas dan menganggapnya sebagai kejayaan menjaga kebajikan rakyat.
"Pemberian RM100 ini adalah untuk syok (seronok) seminggu sahaja tetapi bukannya perancangan jangka panjang," kata beliau.
Katanya kerajaan BN sebenarnya mempunyai perancangan jangka panjang untuk menjaga kebajikan rakyat dan disebabkan itulah usaha untuk memperbanyak pusat jagaan orang tua dan kanak-kanak diperhebat semasa pemerintahan BN dan perkara ini tidak pernah dirancang oleh pakatan pembangkang.
Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan, BN tidak pernah abaikan warga emas dan kanak-kanak malah segala kemudahan yang terdapat untuk golongan itu sekarang adalah apa yang telah diusahakan oleh BN sebelum ini - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/politik/kehadiran-pm-celikkan-pengundi-pulau-pinang-1.111636

4 comments:

Anonymous said...

rakyat Penang tetap akan pangkah PR.. insyaallah..UBN akan jadi tukun di Penang pd PRU 13 nnt....

andah said...

Orang Penang lebih bijak dari orang Melaka atau Johor.Kita lihat selepas PRU 13 kelak

Anonymous said...

Orang Penang bukan setakat celik dengan kehadiran PM malah terbeliak biji mata. Maklumlah Najib janji nak bina rumah mampuih milik yang berharga RM300 ribu untuk mereka. Ramailah yang mampu beli tu....

tongkat kayu said...

staff kat pejabat aku kena paksa pi tengok majlis tu...aku antara yang tersenarai dalam 50 orang...tapi aku tak pi...pi mandi laut kat pantai merdeka lagi best....

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak