Wednesday, December 5, 2012

Kenyataan Bahaya dari Mahathir: Mahathir: Pakatan boleh celaru negara jika menang PRU13

Dr Mahathir berkata, amat bahaya sekiranya rakyat mengundi tanpa menggunakan akal fikiran waras yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.



Tun Mahathir
Tun Mahathir
AYER KEROH – Campuran tiga parti di bawah pakatan pembangkang yang tidak sehaluan boleh mencetuskan kecelaruan jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata,ini kerana perjuangan ketiga-tiga parti itu tidak sehaluan dan  akan memberi kesan terhadap negara, terutama rakyat, yang akan mengalami kerugian.

Beliau berkata, ini boleh dilihat apabila Pas dahulunya memperjuangkan negara Islam tetapi menukar kepada negara berkebajikan yang sebenarnya sudah diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, berikutan DAP menolak pelaksanaan hukuman hudud.

"PKR pula mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pas mahukan presidennya dan kemungkinan DAP pun mahu merasa jadi Perdana Menteri. Mereka ini tidak seperti BN sepakat dan mempunyai matlamat tetap untuk mentadbir negara, mereka hanya mahu menang sahaja.

“Tetapi terpulang kepada rakyat untuk mengundi kerana taksub kepada sesebuah parti pembangkang biarpun apa dilakukan parti itu bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita sempena Seminar Ketahanan Nasional III ‘Mengekalkan Kedaulatan Negara’ di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, amat bahaya sekiranya rakyat mengundi tanpa menggunakan akal fikiran waras yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.

"Negara kini mengecapi keamanan kerana bijak memilih pemerintah mentadbir negara dengan baik," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir juga menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan tarikh PRU13 berdasarkan semangat akar umbi Umno kian terserlah selepas Perhimpunan Agung Umnominggu lalu.

“Terpulang kepada beliau berdasarkan penilaian yang dibuat. Kita sekarang patut rapatkan kembali barisan supaya dapat mendirikan sebuah kerajaan kuat mendapat dua pertiga kerusi untuk melaksanakan dasar kerajaan yang kadang-kadang tidak popular,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada satu kaum di negara ini mendapat seratus peratus hak istimewa, sebaliknya mereka perlu berkorban sebahagian bagi membolehkan semua pihak merasainya
http://www.sinarharian.com.my/politik/mahathir-pakatan-boleh-celaru-negara-jika-menang-pru13-1.109743

3 comments:

baretta said...

Ala....ckp aje la bhwa ngko yg takut sgt2 klu PR jadi pemerintah.... Aku mmg bersyukur sgt2 klu musibat ni duduk dlm kandang tertuduh dlm mahkamah.... Alhamdulillah!!!!!!!

Anonymous said...

yang bercelaru it PENYANGAK < PENYAMUN < PERASUAH < . Takut kena siasat dan berkampong di SUNGAI BULUH.

hafiz said...

Dah mula kecut la Tuu..Rakyat bukan bodoh lagi..itu hak rakyat la. dia pilih siapa pun? Tun. x perlu la nak nasihat rakyat tahula nanti Rakyat nak pilih siapa yang layak memimpin.!Lagi pun kat Msia ni masuk usia 18Thun seseorg itu boleh buat keputusan sendiri..kan begitu.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak