"Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam," kata Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya.
Mengambil nada yang sama seperti yang disaksikan tahun lalu, Muhyiddin berkata, "janganlah kita biarkan Pas berbohong lagi untuk kali ke-13."
KUALA LUMPUR - Umno menasihatkan Pas supaya "jangan bermimpi di siang hari" dapat menegakkan Islam jika terus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan hanya bertanding sejumlah kerusi yang kecil.
Memulakan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ketiga-tiga sayap Umno, Tan Sri Muhyiddin berkata, "mungkin Pas akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam."
"Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api," kata Timbalan Presiden Umno malam ini.
Katanya, "takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha Pas untuk menegakkan Islam."
"Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam," kata Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya.
Mengambil nada yang sama seperti yang disaksikan tahun lalu, Muhyiddin berkata, "janganlah kita biarkan Pas berbohong lagi untuk kali ke-13."
Katanya, dengan kedudukan Pas yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar Pas baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.
"Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden Pas menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden Pas menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh," katanya.
Beliau seterusnya menyoal, jika tidak boleh, dan sudah pasti memang ia tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu.
"Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi Pas tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang.
"Mereka tidak percaya kepada (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada (Pengerusi DAP) Karpal Singh.
"Mereka langsung tidak percaya kepada (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi Pas dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR," katanya lagi.
Muhyiddin menambah, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang.
Katanya, mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihan raya yang lalu untuk memerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa.
"Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada Pas," kata beliau yang juga Menteri Pelajaran.
-sinarharian.com
http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=36181%3Amuhyiddin-jangan-biar-pas-bohong-kali-ke-13&Itemid=2&utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter
3 comments:
Dia duduk dalam UMNO tapi dia lebih tahu masalah dalaman PR, nampak sangat pembohong.Cakap merapu, dah takde modal le tu.
pemimpin2 aMeno dan penyokong2nya saja yg x percaya dgn kebolehan memerintah PR ttp rakyat kebanyakan semakin percaya dgn PR..semua negeri yg PR perintah dpt pujian ketua audit dr segi ketelusan dan urustadbir.. nk kelentong penyokong ameno boleh la sbb otak mereka mcm lembu fidlot...huhuhuhu
Sebab dia tahu kalau PAS bohong kali yang ke 13, umno terus jadi pembangkang.
Post a Comment