Saturday, October 13, 2012

Sebelum Nasi Menjadi Bubur!! Kata Hasan Ali. Nik Aziz Wajar Letak Jawatan Mursidur AM PAS. ???.. Ahli PAS ke dia ini

BERIKUT KENYATAAN PENUH DR HASAN ALI:

Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripad
a Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am Pas.

Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam Pas. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong Pas, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am.

Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.

Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian ALLAH kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba ALLAH mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja di kalangan ahli dan penyokong Pas tetapi yang lebih penting disisi ALLAH SWT.

Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong Pas.

Ketiadaan ahli dan penyokong yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.

Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam PRU13, bagi saya agak keterlaluan.

Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai 'stature' seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?

Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan Pas yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu 'supreme'.

Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.

Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.

Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama da benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau






7 comments:

pok amid littor said...

Apa yang aku tengok, muka si Hasang ni makin hari makin hodoh. Ini mencerminkan hatinya tidak tenteram dan jiwanya sakit, sakit kerana dah ditendang keluar parti. Dia ni sangka dirinya 'hebat' tahap supreme, sudaaaah laaa! Enta boleh komen apa-apa pun tapi ingat, muka enta nampak makin hodoh dan makin menampakkan iras-iras ahli parti setan yang dikenali.

Anonymous said...

Dh mcm org gila talak. Ngidam nak dpt jawatan tpi tak kesampaian.. Dh jd bola kena tendang sana sini, masih jugak nak ngutuk.. lebih duk diam2 kt rumah tak pyh msk politik.

anak selangor said...

Mengenang kembali kisah mula2 Hassan Jati ni masuk PAS (sekitar tahun 1999) ...dalam satu ceramahnyer yg uncle dgr sendiri...bukan main lah melambung lambung dia puji TG NIK Aziz...skrg dah kena tendang keluar dari PAS lain pulak cerita dia...dasar lidah bercabang...

Anonymous said...

Aku bukan saja nak termuntah dengan komen dia nie tapi dah meluat pun bila tengok muka dia dikaca tv 9 suku atau tv hijrah yang tak pernah berhirah diwaktu pagi tu , sebab bila aku tengok muka bila bercakap dia nampak macam orang yang ada masaalah tak cukup akal , itulah agaknya sebab dia suka bercakap pasal hal dalam kelambu PAS, sedarlah Hassan oi!!! hang bukan ahli PAS dah sekarang nie, aku percaya lepas nie adalah orang-orang PAS akan beri reaksi mereka dimedia utusan meloya.


IbnAbdHalim said...

Kau bukan ahli PASpun. Kenapa nyibuk?

Anonymous said...

Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.
BAGUSLA KALAU MACAMNI WAHAI HASANG YG BANGANG.AKAN LEBIH RAMAILA AHLI2 PAS YG AKAN MENINGGALKAN PAS DAN MENYERTAI NGO NGKO.

makaroni said...

Pembetulan... Dr. Hassan Ali bukan makin lama makin hodoh saja... Yg ana nampak makhluk ni makin lama makin bodoh... The end.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak